Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 tekankan pentingnya sistem jagaan kesihatan utama: Ye Kung

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 menunjukkan pentingnya sistem penjagaan kesihatan utama kukuh yang dapat meyakinkan golongan lebih mudah terjejas supaya mengambil vaksin, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dalam satu mesyuarat bersama pihak berkuasa kesihatan dunia.



Ia juga menekankan keperluan pendekatan bersepadu dalam menanganinya dan juga darurat lain pada masa depan. Ini termasuk memastikan rantaian bekalan dan pembangunan bandar kukuh yang dapat membantu usaha mengawal pandemik, dan sistem pendidikan yang boleh terus berjalan lancar untuk mencegah 'generasi hilang', iaitu kanak-kanak mengalami jurang dalam persekolahan.



Oleh itu, pihak berkuasa dunia perlu melaksana perubahan yang disarankan untuk mengukuhkan sistem antarabangsa dalam bersiap sedia bagi menghadapi pandemik seterusnya, kata Encik Ong dalam ucapannya kepada Menteri Kesihatan Kumpulan 20 Negara (G20) di Rome yang berakhir kelmarin.



Encik Ong menggesa langkah selanjutnya yang perlu diambil bagi perubahan yang disarankan Panel Bebas Tahap Tinggi G20 Julai lalu. Antara saranan itu ialah pembiayaan pelbagai hala bagi kesihatan global yang akan membantu ke arah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) lebih kukuh dan bagi memastikan produk awam global membentuk sebahagian daripada mandat utama institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia.



Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam pengerusi panel itu bersama mantan setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat Lawrence Summers dan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia Ngozi Okonjo-Iweala.



Pandemik ini juga menekankan pentingnya akses adil kepada alat kawalan penyakit seperti vaksin, terapeutik dan ujian diagnostik bagi semua negara. Lantas, negara-negara perlu memastikan alat tersebut dapat bergerak bebas, dan mengelakkan kawalan eksport, kata Encik Ong.



Beliau berharap semua negara dapat bertahan ke tahap maksimum daripada mengenakan sebarang kawalan eksport ke atas bahan perubatan penting dan vaksin. Tapak utama bagi pengagihan global, seperti lapangan terbang dan pelabuhan, perlu terus dibuka kerana sebarang gangguan akan menjejas keadaan secara global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >