Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Wanita 93 tahun, lelaki 24 tahun antara 4 kes warga S’pura baru; 673 daripada 682 baru libat pekerja asing di dormitori

May 17, 2020 | 11:43 PM



BILANGAN pesakit Covid-19 yang pulih dan dibenar pulang dari hospital atau pusat pengasingan terus melebihi bilangan kes baru pada Ahad (17 Mei).



Empat kes baru melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap, termasuk seorang  perempuan berusia 93 tahun. Satu lagi kes baru melibatkan lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di dormitori pekerja asing CDPL Tuas. Dormitori itu kini dikaitkan dengan 452 kes.



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata 998 pesakit telah dibenar pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan angka keseluruhan yang dibenar pulang 9,340 pesakit. 



Menurut MOH, bilangan kes baru dalam masyarakat telah berkurangan daripada purata lapan kes sehari kepada tiga kes sehari dalam tempoh seminggu. Ini selari dengan bilangan kes tanpa hubung kait yang berkurangan daripada purata tiga kes sehari kepada dua kes sehari dalam tempoh yang sama.



Sejumlah 99 peratus kes baru berhubung kait dengan kelompok yang diketahui, sementara baki kes sedang dijejaki, kata MOH. Sejumlah 673 daripada 682 kes baru melibatkan pekerja asing di dormitori.



Satu kelompok baru juga ditemui, di 9 Sungei Kadut Avenue. 



Jumlah kes Covid-19 di Singapura kini adalah 28,038. Sejumlah 22 pesakit telah meninggal dunia akibat Covid-19. Lagi sembilan orang yang diuji positif meninggal dunia akibat sebab lain.



Penularan Covid-19 yang bermula Disember lalu kini telah menjangkiti 4.6 juta orang dan membunuh lebih 310,000 orang di serata dunia.






 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >