Covid-19: Warga S'pura 57 tahun antara 3 kes import baru
TIGA kes import baru Covid-19 pada Jumaat (4 Dis) melibatkan pesakit lelaki yang tiba di Singapura dari India.
Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan satu kes melibatkan seorang warga Singapura berusia 57 tahun dan seorang lagi Penduduk Tetap (PR) berusia 58 tahun.
Mereka telah diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura.
Kededua kes itu tidak menunjukkan simptom, tambah MOH.
Kes import ketiga pula merupakan pemegang Pas Lawatan Jangka Pendek yang ke sini dari India untuk menerima rawatan perubatan bukan Covid-19.
Namun beliau menunjukkan simptom jangkitan virus itu lalu dibawa ke hospital setibanya di Singapura dan diasingkan
Kesemua kontak terdekat pesakit sudah diasingkan dan dikuarantin.
Manakala itu, tujuh lagi pesakit telah diizin keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah pesakit bebas Covid-19 mencecah 58,152 orang.
Namun terdapat 28 pesakit yang masih di hospital tetapi tiada yang menerima penjagaan unit jagaan rapi (ICU)