Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuaca dingin dan hujan dijangka reda minggu kedua

Jan 03, 2022 | 05:30 AM



JIKA anda rasa sejuk biarpun tidak berada dalam bilik berhawa dingin sepanjang hujung minggu lalu, anda tidak keseorangan.



Ini kerana penduduk setempat menyambut Tahun Baru 2022 dengan cuaca dingin dan hujan sepanjang hujung minggu lalu.



Malah menurut laman web Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) semalam, suhu mencapai serendah 22.8 darjah Celsius di kawasan Clementi sekitar 8.30 pagi.



Sementara itu, suhu tertinggi hingga 3 petang semalam pula mencapai 25.6 darjah Celsius di beberapa kawasan.



MSS sebelum ini berkata suhu bagi awal bulan ini dijangka lebih rendah antara 23 dengan 31 darjah Celsius pada beberapa hari.



Tambahnya, hujan serta guruh diramalkan turun pada sebelah petang, sambil menambah bahawa cuaca hujan itu kemungkinan reda pada minggu kedua.



Secara keseluruhannya, MSS berkata jumlah hujan bagi dua minggu pertama bulan ini dijangka lebih sedikit berbanding jumlah purata bagi kebanyakan kawasan di negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >