Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuaca dingin terasa di S’pura, suhu 21.1 darjah Celsius dicatat

Mar 01, 2023 | 07:50 PM



KEDINGINAN terasa di kebanyakan daerah Singapura dengan suhu 21.1 darjah Celsius dicatatkan di beberapa daerah tengah Singapura selepas hujan turun tanpa henti bermula pada Selesa.



Ini adalah lebih rendah daripada suhu minimum 22.3 darjah Celsius yang dicatatkan pada Januari.

Menurut catatan suhu di laman Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), daerah Newton mencatatkan suhu 21.1 darjah Celsius pada 5.10 pagi.



Bagi daerah timur Singapura, suhu terendah yang dicatatkan adalah antara 22.4 dan 23.1 darjah Celsius. 

Melalui maklumat terkini di laman MSS pada Selasa, musim tengkujuh yang menjejas selatan Johor dan juga Singapura sejak pagi Selasa dijangka berterusan sehingga Rabu.



Ia menyatakan bahawa hujan sederhana dan lebat beserta petir “dengan keadaan sejuk dan berangin dijangkakan”.



Di samping itu, suhu minimum harian boleh merosot kepada sekitar 22 darjah Celsius di beberapa daerah. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >