Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuai memandu hingga pejalan kaki terbunuh, anggota polis dipenjara

Oct 22, 2021 | 05:41 PM



SEORANG pegawai polis yang sedang memandu kereta gagal memperlahankan kenderaannya atau berhenti sebelum membelok ke kiri hingga melanggar seorang pejalan kaki warga emas yang kemudian meninggal dunia di hospital.


Setelah melanggarnya, dia memberhentikan keretanya "selama sekitar tiga saat" sebelum memandu ke depan lagi ke atas tubuh wanita itu, mahkamah diberitahu.


Norazlan Abdul Aziz, yang kini berusia 44 tahun, seorang inspektor stesen, pada Jumaat (22 Okt) dihukum penjara dua minggu dan dilarang memandu semua kelas kenderaan selama lima tahun, setelah dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Cik Lee Swee Huak, 84 tahun, dengan memandu secara cuai.


Dalam kenyataannya sebelum ini,  polis berkata lelaki itu masih dalam perkhidmatan, dan menambah: "Sekiranya dia disabit kesalahan di mahkamah, SPF (Pasukan Polis Singapura) akan memulakan proses disiplin terhadapnya."


Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada polis warga Singapura itu berada dalam atau luar tugas apabila kemalangan itu berlaku.


Timbalan Pendakwa Raya, Cik Claire Poh, berkata Norazlan telah keluar dari tempat letak kereta bertingkat di Blok 808 Choa Chu Kang Avenue 1 dan sedang memandu di sepanjang jalan dekat Blok 807D menuju ke jalan utama sebelum kemalangan pada 21 September 2017 itu berlaku.


Cik Lee sedang melintasi simpang antara jalan itu dengan Choa Chu Kang Avenue 1 apabila Norazlan melanggarnya sekitar 4.20 petang.


DPP Poh berkata: "Sekiranya tertuduh berhenti, dia akan melihat mangsa... mangsa berjalan dengan kelajuan biasa.


"Mangsa jatuh di jalan di depan kereta itu. Tertuduh kemudian memberhentikan kereta selama kira-kira tiga saat sebelum memandu ke depan lagi. Kedua-dua tayar kiri depan dan  belakang kereta tersebut melanggar mangsa."


Cik Lee dibawa ke Hospital Universiti Nasional di mana beliau meninggal dunia akibat beberapa kecederaan sekitar dua jam kemudian.


Bagi kematian disebabkan kecuaian memandu, pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >