Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuba sukan, rasai kegiatan baru dan nikmati permainan kampung sempena Hari Kebangsaan

Peluang tersedia di Pesta Kejiranan GetActive! Singapura di lima stadium di serata S’pura pada 5-6 Ogos
Aug 04, 2023 | 04:38 PM



Warga Singapura dapat menikmati suasana sambutan Hari Kebangsaan ke-58 di Pesta Kejiranan GetActive! Singapura di lima stadium di serata negara pada Sabtu dan Ahad.

Pesta itu diadakan di empat kemudahan sukan – Pusat Sukan Bedok ActiveSG, Pusat Sukan Jurong West ActiveSG, Pusat Sukan Toa Payoh ActiveSG dan Pusat Sukan Woodlands ActiveSG – pada Sabtu dan Ahad, dan di Our Tampines Hub pada Ahad.

Pesta itu akan berlangsung dari 4 petang hingga 9 malam pada kedua-dua hari. 

Antara lain, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai percubaan sukan termasuk olahraga, bola keranjang, bola lantai, bola sepak dan tenis meja, yang dikendalikan oleh jurulatih berkelayakan.

Aktiviti seperti memanah, papan selaju, luncur roda dan ‘zorb ball’ (sukan berguling menuruni bukit di dalam bola besar yang biasanya diperbuat daripada plastik lutsinar) juga disediakan buat pengunjung.

Pengunjung juga dapat kembali ke zaman kampung dengan permainan seperti ‘ring the landmark’, iaitu melambung gegelung masuk ke dalam batang yang dipasak di hadapan gambar tarikan Singapura, atau ‘pertempuran pemadam’, iaitu menggunakan pemadam raksasa untuk menerbalikkan pemadam lawan.

Antara aktiviti mesra keluarga pula ialah istana ambul (bouncy castle) dan lukisan mural masyarakat, di samping gerai makanan ringan seperti popcorn dan gula-gula kapas, perkhidmatan gaya hidup, dan perkhidmatan penting seperti pemeriksaan kesihatan dan pergigian.


Terdapat juga persembahan ‘live’ oleh pemuzik seperti The Island Voices, artis Hear65 dan Band Bagpipe daripada Boys’ Brigade Singapura, serta pencipta kandungan TikTok.

Aktiviti yang disediakan berbeza pada setiap lokasi.

Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi pengunjung perlu mempunyai tiket, yang sudah habis diagih secara percuma.

Seramai 1,800 relawan Team Nila, iaitu kumpulan relawan SportSG, akan turun padang untuk menjayakan pesta ini.

Pada Hari Kebangsaan, iaitu 9 Ogos, penduduk boleh menyambutnya di estet kejiranan mereka dengan menyaksikan acara terbang lintas hormat bagi segmen ‘Kibarkan Bendera Kita’ dan ‘Terbang Lintas Pulau RSAF55’ mulai 5.30 petang.

Pertunjukan bunga api pula akan diadakan di lima estet kejiranan itu secara serentak dengan pertunjukan bunga api Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Padang.

Sambutan NDP di estet kejiranan tahun ini dianjurkan bersama Majlis Sukan Singapura (SportSG).

Antara kegiatan menarik di setiap lokasi Pesta Kejiranan GetActive! Singapura:


Pusat Sukan Bedok ActiveSG (5-6 Ogos)

  • Percubaan sukan bola sepak, bola keranjang, olahraga dan tenis meja
  • Pengalaman mencuba permainan ‘zorb ball’
  • Persembahan oleh artis Hear65, Aikido Shinjukai dan Sekolah Tinggi Anglican, serta senaman kecergasan KpopX, antara lain
  • Percubaan sukan bola sepak, bola keranjang, olahraga dan tenis meja

Pusat Sukan Jurong West ActiveSG  (5-6 Ogos)

  • Percubaan sukan bola keranjang, olahraga, tenis meja dan hoki
  • Pengalaman mencuba luncur roda
  • Persembahan oleh artis Hear65, Sekolah Menengah Yuhua dan Boys Brigade, serta senaman piloxing, antara lain

Pusat Sukan Toa Payoh ActiveSG  (5-6 Ogos)

  • Percubaan sukan tenis, olahraga dan tenis meja
  • Pengalaman mencuba papan selaju
  • Persembahan oleh Island Voices, Music & Drama Company dan pencipta kandungan TikTok, serta senaman tarian poco-poco, antara lain

Pusat Sukan Woodlands ActiveSG  (5-6 Ogos)

  • Percubaan sukan bola sepak, olahraga dan tenis meja
  • Pengalaman mencuba permainan Nerf Gun Tag
  • Persembahan oleh artis Hear65 dan Projek Reben Kuning, serta demonstrasi seni mempertahankan diri oleh Aikido Shinjukai, antara lain

Our Tampines Hub (6 Ogos)

  • Percubaan sukan bola lantai dan tenis
  • Pengalaman mencuba memanah
  • Persembahan oleh artis Hear65, Girl Guides dan Sekolah Rendah CHIJ Katong, serta tarian kardio, antara lain



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >