Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukai hartanah naik mulai 1 Jan 2024, rebat diberi untuk kurangi kesan

Nov 30, 2023 | 07:20 PM



Cukai hartanah untuk kebanyakan pemilik rumah akan dinaikkan pada 2024, disebabkan kadar sewa di pasaran dan nilai tahunan kebanyakan hartanah kediaman yang lebih tinggi.

Ini selain kenaikan kadar cukai hartanah bagi rumah privet yang bernilai lebih tinggi.

Pemerintah bagaimanapun akan memberikan rebat sekali sahaja sehingga 100 peratus untuk semua rumah yang diduduki pemilik bagi membantu mengurangkan kesan kenaikan cukai di tengah-tengah kebimbangan kos sara hidup, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras), dalam satu kenyataan pada Khamis.

Nilai tahunan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan kebanyakan hartanah kediaman privet akan dinaikkan mulai 1 Januari ini, sebagai sebahagian daripada penilaian tahunan hartanah oleh Iras untuk mengira berapa banyak cukai yang perlu dibayar, tambah kenyataan itu.

Nilai tahunan hartanah ialah anggaran sewa tahunannya jika ia disewakan dan ditentukan berdasarkan sewa pasaran hartanah setanding dan faktor lain.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022, langkah kedua dan terakhir kenaikan kadar cukai hartanah juga akan berkuat kuasa mulai 1 Januari, dengan kenaikan yang lebih tinggi untuk hartanah mewah.

Mereka yang memiliki hartanah privet yang mahal akan merasai beban semakan, terutamanya dibeli untuk tujuan pelaburan.

Kenaikan kadar cukai hartanah hanya akan memberi kesan kepada hartanah kediaman yang tidak didiami pemiliknya dan rumah yang diduduki pemilik dengan nilai tahunan lebih daripada $30,000.

Semua flat HDB yang dihuni pemilik tidak terjejas.

Dengan rebat cukai hartanah diumumkan pada 30 November, semua pemilik HDB jenis satu dan dua bilik tidak akan membayar cukai hartanah pada 2024.

Bagi pemilik-penghuni jenis flat lain, rebat akan diimbangi secara automatik terhadap sebarang cukai hartanah yang perlu dibayar. Secara purata, mereka akan membayar purata kenaikan cukai kurang daripada $3 sebulan pada 2024, dengan kenaikan antara $1.50 untuk flat tiga bilik kepada $6.30 untuk flat eksekutif, selepas rebat.

Rebat itu, kata MOF dan Iras, adalah berperingkat-peringkat untuk memastikan mereka yang mempunyai kemampuan lebih besar membayar bahagian cukai yang saksama dan rejim cukai harta Singapura kekal progresif.

Sebagai contoh, pemilik flat satu dan dua bilik akan mendapat rebat 100 peratus, empat bilik (50 peratus) dan flat eksekutif (30 peratus) manakala pemilik hartanah privet akan diberi rebat 15 peratus, dihadkan kepada $1,000.

Iras memantau trend sewa pasaran untuk menentukan nilai tahunan hartanah. Semakan terakhir nilai tahunan adalah pada 1 Januari 2023.

Pada suku ketiga 2023, kadar sewa kondominium meningkat 19.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022. Manakala kadar sewa flat HDB pada Oktober meningkat 14.1 peratus berbanding Oktober 2022.

Sementara itu, pemerintah juga akan meningkatkan had nilai tahunan yang digunakan untuk menentukan kelayakan untuk menikmati skim sokongan sosial mulai 2024. Ini bagi memastikan rakyat Singapura yang lebih memerlukan terus menerima bantuan di tengah-tengah peningkatan nilai hartanah tahunan.

Ini termasuklah skim Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), subsidi premium MediShield Hayat dan Skim Tambahan Pendapatan atau Workfare.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >