Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukup! cermin tanggungjawab yang digalas kaum Hawa

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA kuali tersusun bertindih dalam seni pemasangan seramik yang dicorak Dr Suriani Suratman di ruang pameran pelukis wanita Singapura, Voices & Visions.



Cukup! melambangkan pelbagai tanggungjawab yang digalas kaum Hawa serta visi mereka tentang kesaksamaan dalam pembahagian kerja rumah.



Kerja seni ini adalah antara 100 hasil curahan ilham kreatif penggiat seni visual wanita Singapura dari pelbagai kaum dan generasi yang disajikan di Dewan Serbaguna, Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCI) dari Jumaat hingga hari ini.



Pameran ini dianjurkan Persekutuan Persatuan Seni Singapura (FASS) buat kali keempat dan diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan hari ini.



Ia dilancarkan Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, petang kelmarin dan diadakan tepat pada masa 2021 diisytiharkan sebagai Tahun Merai Wanita SG.



Ketika dihubungi, pemilik balai seni Maya Gallery, Cik Masturah Sha'ari, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Voices & Visions, berkata:



"Pameran ini mengetengahkan kerja seni ramai wanita Singapura. Di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda, mereka tampil dengan arca seramik, lukisan dakwat, minyak, akrilik dan media campuran.



"Pameran sebegini menyatukan penggiat seni wanita dan membawa pengamat seni 'berhijrah' seketika daripada realiti dan tekanan hidup.



"Ia meraikan mereka sebagai wanita yang memikul pelbagai peranan selaku anak, adik, kakak, isteri, ibu, nenek, guru, ahli akademik, usahawan, karyawan dan pemilik balai seni.



"Tidak kira mereka pelukis mapan atau baru, seni memainkan peranan penting dalam hidup yang penuh cabaran.



"Menerusi proses menjana seni, mereka menyelubungi diri dalam proses kreatif, tidak kisah kotorkan tangan, membayangkan kisah peribadi mereka dan puas menyiapkan kerja seni ini."



Turut dipaparkan dalam pameran ini adalah kerja seni tiga pelukis wanita ikonik Singapura yang disifatkan sebagai legenda, Cik Rosma Mahyudin Guha, Cik Lai Foong Moi dan Cik Chen Cheng Mei.



Cik Rahayu, dalam ucapannya, berkata, Tahun Merai Wanita SG adalah usaha mengiktiraf sumbangan penting wanita pada kisah Singapura.



"Wanita, seiringan dengan lelaki, memainkan peranan penting dalam membangun negara dan nilai sosial kita. Wanita di Singapura telah mengorak kemajuan besar dalam pelbagai bidang seperti politik, pendidikan dan seni.



"Khususnya, kita melihat pelukis wanita berjaya dan menyumbang pada persada seni di sini. Pelukis wanita seperti Georgette Chen, Amanda Heng, Chng Seok Tin dan Han Sai Por telah menerima Pingat Budaya bagi seni visual.



"Kita juga mengingati pelukis wanita tempoh awal seperti Rohani Ismail dan Rosma Guha yang secara diam-diam aktif dalam persada seni. Pencapaian dan sumbangan mereka wajar diiktiraf," kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >