Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukup peluang bagi jemaah tunai solat Aidilfitri: Mufti

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



TERDAPAT cukup peluang bagi jemaah menunaikan solat Aidilfitri pada 22 April ini dengan selamat dan selesa dengan adanya pelbagai sesi ditawar di masjid serta tempat solat tambahan.



Lantaran itu, masyarakat Muslim di sini perlu kekalkan sikap saling kerjasama dan membuat perancangan awal apabila hendak lakukan solat Aidilfitri dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah serta pengguna kawasan umum lain.



Demikian nasihat Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam satu sidang media di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Khamis.



Beliau berharap dengan adanya kemudahan yang diperluas bagi jemaah kali ini, jemaah dapat mengekalkan nilai tanggungjawab sosial dalam memakmurkan masjid sambil memelihara kesejahteraan dan keselamatan sesama.



"Bahkan ini antara pengajaran paling utama daripada pengalaman tahun-tahun yang sudah, di mana kita tidak memisahkan tanggungjawab agama dan memelihara keselamatan antara satu sama lain," tambahnya.



"Oleh itu saya menyeru masyarakat Islam di Singapura, dalam membuat perancangan untuk menunaikan solat hari raya yang mana ia merupakan kemuncak daripada kesucian dan kerohanian kita dan juga kesatuan masyarakat kita untuk bekerjasama dengan masjid-masjid yang menyediakan ruang yang selamat dan selesa," katanya.



Terdapat 240,000 tempat solat bakal disediakan secara keseluruhan termasuk daripada 68 masjid dan 20 tempat solat tambahan pada 22 April ini.



Daripada bilangan masjid itu, terdapat 51 masjid yang menawarkan dua sesi solat Aidilfitri dan 12 masjid yang menawarkan tiga sesi.



Tempahan ditiadakan bagi hampir semua masjid kecuali lima masjid tertentu yang menjangkakan bilangan jemaah tinggi.



Dr Nazirudin menyifatkan kemudahan yang ditawar kali ini sebagai satu orak langkah ke hadapan agar tidak pulang ke tahun-tahun sebelum pandemik, di mana setiap sudut dan ruang di masjid - daripada kawasan tangga hingga ruang di keliling masjid - dipenuhi jemaah.



Amalan seperti itu, menurutnya juga boleh menjejas keselamatan jemaah, menghambat penyampaian khidmat kecemasan jika perlu dan berupaya menimbulkan kesusahan kepada pengguna awam lain.



Minggu lalu sewaktu cuti hujung minggu Good Friday, isu kesesakan disebabkan ramai jemaah semasa sesi solat Jumaat menjadi keprihatinan.



Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, berkata jemaah tidak usah khuatir sekiranya mereka risau terlepas melakukan sesi pertama.



"Kemudahan ini disediakan jika jemaah bakal terlepas sesi pertama pada 7.15 pagi, mereka boleh pergi ke sesi pertama di tempat solat tambahan dekat kawasan kejiranan yang berlangsung pada 8.15 pagi.



"Mereka pun boleh tunggu sehingga sesi kedua pada 8.45 pagi jika masjid pilihan mereka menawarkan lebih dari satu sesi solat atau pergi ke masjid terdekat lain yang menawarkan dua atau tiga sesi," katanya.



Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) kedua, Encik Khairul Anwar, juga menyatakan pihak masjid sedang membuat persediaan untuk mengawal keadaan kesesakan dan masuk keluar jemaah di masjid.



Ini termasuk relawan yang akan menguruskan jemaah yang terlepas sesi solat dan perlu menunggu sesi seterusnya di luar masjid.



Dr Nazirudin pula menambah: "Solat hari raya merupakan satu ibadat sunat yang amat mulia dan penting dalam agama dan nilai seperti mengelakkan kemudaratan kepada orang lain, dan menjaga kesejahteraan semua adalah juga nilai-nilai yang sangat asas dan penting dalam agama kita."



"Kita telah mampu mengimbangi antara kedua-duanya sewaktu pandemik dan inilah satu pencapaian yang amat besar dan saya harap kita dapat kekalkan nilai-nilai tersebut agar ia terus mencorak sikap dan mewarnai identiti keagamaan kita di Singapura," ujarnya lagi.




“Oleh itu saya menyeru masyarakat Islam di Singapura, dalam membuat perancangan untuk menunaikan solat hari raya yang mana ia merupakan kemuncak daripada kesucian dan kerohanian kita dan juga kesatuan masyarakat kita untuk bekerjasama dengan masjid-masjid yang menyediakan ruang yang selamat dan selesa.”
- Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >