Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Curi kad ATM majikan dan keluarkan $6,300: Amah dijel 6 minggu

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



GARA-GARA mencuri kad ATM daripada dompet majikannya sebanyak enam kali untuk mengeluarkan wang yang berjumlah $6,300 secara keseluruhannya, seorang pembantu rumah warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu semalam.



Mahkamah diberitahu bahawa apabila ditangkap, Lisa Apriyanti memberitahu penyiasat dia mengirimkan sebahagian wang itu kepada keluarganya di Indonesia dan menggunakan bakinya untuk perbelanjaan sendiri.



Amah berusia 25 tahun itu, yang tidak memulangkan wang yang diambilnya, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mencuri.



Pegawai pendakwa, Encik Augustine Arlando, berkata Lisa mula bekerja untuk majikannya, seorang warga emas berusia 83 tahun, pada 21 Disember 2021, dan dibayar $700 sebulan.



Tugasnya termasuk menjaga wanita itu dan melakukan kerja-kerja rumah di sebuah flat di Hougang.



Antara 11 September dengan 7 Oktober 2022, Lisa memasuki bilik tidur majikannya untuk mencuri kad ATM daripada dompetnya. Dia kemudiannya mengeluarkan wang dari beberapa ATM. Ini dilakukannya sebanyak enam kali.



Anak perempuan majikannya telah memeriksa akaun bank ibunya pada 10 Oktober dan mendapati beberapa pengeluaran yang tidak dibenarkan.



Satu laporan polis telah dibuat dan Lisa telah ditangkap pada 28 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >