Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI

Cuti Raya ke SG singkat tapi tetap nak jumpa semua keluarga

May 05, 2022 | 05:30 AM



TIDAK ada yang lebih berharga bagi Cik Siti Nurliyana Ali dan keluarganya selain bertemu semula.



Selepas lebih dua tahun berpisah akibat sekatan sempadan, Cik Nurliyana akhirnya dapat bertemu semula dengan keluarga tersayangnya di Singapura pada Hari Raya tahun ini.



Melahirkan rasa syukur dapat merentasi sempadan, Cik Nurliyana telah mengambil kesempatan mengunjungi keluarga besarnya di Singapura.



Menaiki kereta api dari Kelantan ke Johor Bahru (JB) serta bas awam dari JB ke Singapura bersama suami dan anak-anaknya, ibu enam anak itu tiba di Singapura bersama keluarganya pada malam Hari Raya.



"Setelah dua tahun 'beraya' melalui Zoom, kali ini saya memang bersyukur sangat dapat berjumpa bersama keluarga saya.



"Alhamdulillah, tahun ini kita dapat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan secara fizikal," kata Cik Nurliyana yang menetap di Kelantan, Malaysia.



Warga Singapura yang berumah tangga dengan warga Malaysia itu kali terakhir pulang ke tanah air pada Disember 2019 sebelum pandemik Covid-19 yang menyebabkan sekatan perjalanan di serata dunia.



Mengunjungi makcik-makcik dan sanak-saudaranya kelmarin, Cik Nurliyana, 38 tahun, berkata beliau sudah merancang bersama sepupu-sepupunya untuk bertemu di rumah-rumah yang tertentu.



"Memang selalunya kita ada urutan rumah yang kami sering pergi bersama-sama dan berkumpul.



"Tapi kelmarin sebelum kita sempat keluar, ada seorang sepupu saya sudah tiba dulu," ketawa anak sulung daripada tiga beradik itu.



Mengulas tentang lawatannya ke rumah-rumah makcik-makciknya semalam, Cik Nurliyana berkata banyak yang sudah berubah.



"Anak saya yang digelar 'baby Covid' dah dua tahun tetapi baru pertama kali berjumpa bersama keluarga saya secara fizikal.



"Sepupu-sepupu saya pula satu-satu semua sudah besar dan tinggi!



"Bila saya tengok mereka, saya rindu sangat saat-saat tengok sepupu saya semua membesar," ujarnya.



Katanya, beliau berharap dapat bertemu seramai mungkin keluarga besarnya untuk melepaskan rindu sebelum pulang ke Malaysia esok.



Meskipun melahirkan perasaan sedih akan meninggalkan keluarganya sekali lagi, Cik Nurliyana berkata dengan sekatan sempadan dilonggarkan mereka dapat melancong dengan lebih mudah.



Malah, beliau sudah mula merancang pulang ke Singapura pada Jun nanti.



"Sehingga Jumaat ini (esok), kami akan cuba untuk berjumpa seramai yang kami boleh Insya-Allah.



"Percutian ini pendek sahaja, jadi kami berharap dapat kembali lagi ketika cuti sekolah Jun nanti untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga di Singapura," katanya.




“Setelah dua tahun ‘beraya’ melalui Zoom, kali ini saya memang bersyukur sangat dapat berjumpa bersama keluarga saya. Alhamdulillah, tahun ini kita dapat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan secara fizikal.’’
– Cik Siti Nurliyana Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >