Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuti sekolah lagi! Banyaknya aktiviti!

Feb 27, 2023 | 05:30 AM



TEROKA: Kem sehari SuperXventure



SEMASA cuti sekolah Mac ini, anda boleh daftarkan anak-anak ke pelbagai kem dan bengkel pelajar.



Antaranya ialah kem SuperXventure yang akan berlangsung dari 14 Mac hingga 16 Mac.



Aktiviti dianjurkan oleh syarikat SuperPark Singapore di Suntec City dan sesuai bagi mereka yang berusia antara lapan dengan 12 tahun.



Selain menikmati peluang bermain secara bebas di kemudahan tersebut dan pelajari cara bermain papan selaju, peserta akan menikmati dan mengalami sendiri aktiviti memasak dengan syarikat tempatan Longkang Adventures.



Mereka juga boleh menjangkakan peluang bermain atas pokok yang akan dibimbing oleh pelatih Forest Adventure.



Makan tengah hari akan disediakan selama tiga hari dengan program setiap hari berlangsung selama lapan jam.



Bayaran ialah $650 setiap seorang atau $590 setiap orang apabila dua atau lebih peserta mendaftar bersama. Ahli boleh menikmati diskaun sehingga 15 peratus.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman www.superpark.com.sg/superxventure




BELAJAR: Sains di sebalik dron, cetakan 3D



KANAK-KANAK yang sering tertarik dengan dron boleh mempelajari tentang asas aerodinamik asas dan prinsip saintifik di sebaliknya pada 15 Mac.



Bengkel, "The World of Science Drone" yang boleh didapati di laman web droneworkshop.peatix.com, dianjurkan bersama oleh syarikat penerbitan World Scientific Education dan Just Fly It, yang menawarkan program berkaitan dengan aeroangkasa.



Peserta akan membawa pulang dron bernilai $30 dan satu salinan buku komik 'World Of Science: Adventures With Man-Made Marvels' bernilai $14.90.



Penerbit berserta pelatih daripada syarikat pembekal pendidikan, TJM Asia, juga akan menawarkan bengkel pencetakan 3D pada 18 Mac bagi mereka yang berminat dalam menghasilkan reka bentuk tiga dimensi.



Peserta akan pelajari menggunakan pena cetakan 3D dan boleh menyimpan cetakan mereka serta salinan buku 'World Of Science: Adventures With Technology And Gadgets' bernilai $14.90.



Kedua-dua bengkel berlangsung selama tiga jam di bangunan World Scientific Publishing's di 5 Toh Tuck Link di Jurong East.



Ia sesuai bagi kanak-kanak dari usia tujuh tahun. Setiap sesi berharga $180 setiap kanak-kanak.




TENGOK KARTUN: Pinecone & Pony 2



SYARIKAT animasi DreamWorks Pinecone & Pony kembali dengan 8 episod di Apple TV+.



Ikuti puteri Pinecone dalam satu pengembaraan baru sedang dia mempelajari bagaimana untuk menjadi 'pahlawan sejati" dalam musim kedua.



Selalunya, apa yang dia jangkakan tidak menjadi kenyataan. Tetapi dengan bantuan sahabat karib haiwannya, Pony, dia dapat menimba pelbagai pelajaran seperti bagaimana menjadi lebih berani apabila berdepan dengan cabaran.



Siri ini berdasarkan penulis dan pengilustrasi buku bergambar Kate Beaton's 'The Princess And The Pony (2015)'. Selain jalan cerita yang positif, animasi itu mendapat komen positif kerana meraikan kepelbagaian.



Karakter yang dipamerkan misalnya mempunyai pelbagi jenis bentuk badan, saiz dan warna kulit. Mereka yang tidak melanggani Apple + masih boleh dapat menikmati episod pertama daripada musim pertama secara percuma. Anda boleh ke laman str.sg/wvm9 untuk menontonnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >