Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah bernilai $1.1j dirampas daripada 2 suspek pengedar dadah

Jan 04, 2020 | 06:57 PM



DADAH bernilai sekitar $1.1 juta dirampas daripada dua suspek pengedar dadah dalam satu operasi dua hari minggu ini, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) hari ini (4 Jan).



Suspek pertama, seorang lelaki warga Singapura berusia 39 tahun, ditangkap sekitar 12 tengah hari di Pasir Ris Drive 1 Khamis lalu.



Pegawai CNB mengekorinya dari sekitar Woodlands Drive 50 dan menemui 2,009 pil Ecstasy dan 4,000 pil Erimin-5 dalam keretanya.



Hasil serbuan CNB di rumah suspek dekat Compassvale Lane, pegawai CNB menemui wang tunai sebanyak $16,250.



Suspek kedua, seorang lelaki warga Singapura berusia 23 tahun, ditangkap semalam dekat Lorong 16 Geylang.



Suspek kemudian dibawa ke keretanya di sebuah tempat letak kereta dekat Woodlands Drive 50.



Pegawai CNB menemui 60 gram heroin, 854 gram ketamine, 8.6 kilogram Ice, 2,800 pil Ecstasy dan 2,919 pil Erimin-5 dalam keretanya.



“Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek berusia 39 tahun itu telah mengambil dadah yang dirampas daripadanya dari kereta di Woodlands Drive 50, di mana suspek berusia 23 tahun itu telah meninggalkannya sebelum itu,” kata CNB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >