DADAH bernilai sekitar $282,000 telah dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands awal pagi semalam, menurut satu kenyataan bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB).
Pegawai ICA telah mengarahkan sebuah lori yang berdaftar di Malaysia berhenti bagi pemeriksaan apabila ia tiba di pusat pemeriksaan sekitar 4.50 pagi.