Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dakap dan timba ilmu digital di Festival Digital Sepanjang Hayat

May 16, 2022 | 04:59 AM



MENYERTAI program "Seniors Go Digital", sebahagian daripada program latihan Pejabat Digital SG (SDO), telah memberikan Cik Whatini Idris, 68 tahun, kebebasan dan keyakinan untuk menggunakan e-perkhidmatan seperti HealthHub dan myCPF.



Cik Whatini telah mendapat tahu tentang program tersebut menerusi akhbar. Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada Duta Digital di Kelab Masyarakat Hong Kah North untuk mendaftarkan diri buat program tersebut.



Menurut Cik Whatini yang tinggal bersama adik dan ibu berusia 90 tahun, kedua-duanya mengalami masalah kesihatan, sebelum ini mendapati sukar mengemudi perkhidmatan elektronik pemerintah dan juga fungsi-fungsi asas di telefon bijaknya.



“Program "Seniors Go Digital" telah memberikan saya kebebasan dan keyakinan yang saya tidak miliki sebelum ini untuk menggunakan e-perkhidmatan seperti HealthHub.



“Kini, dengan pengetahuan ini, sayamendapat akses e-perkhidmatan secara bebas seperti myCPF dengan mudah melalui Singpass. Dengan bantuan Duta Digital, saya juga lebih memahami tentang pelan-pelan yang berbeza-beza. Dengan menggunakan pelan kad SIM sahaja, warga emas seperti saya akan sentiasa terhubung dengan capaian Internet yang mencukupi. Ini lebih menjimatkan daripada pelan prabayar yang saya gunakan sebelum ini,” kata Cik Whatini.



Program-program latihan SDO seperti "Seniors Go Digital" sebenarnya adalah sebahagian daripada gerakan nasional Digital Sepanjang Hayat, anjuran Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA).



Menerusi gerakan nasional Digital Sepanjang Hayat ini, semua rakyat Singapura digalakkan untuk turut serta untuk mengharungi masa depan digital, mendakap digital sepanjang hayat, memperkayakan kehidupan melalui digital dan melahirkan usaha menimba ilmu digital sepanjang hayat.



Lantaran itu, rakyat Singapura termasuk warga emas telah menjalani program latihan Pejabat Digital SG (SDO).



Menurut satu tinjauan berkenaan warga emas yang telah melengkapi program latihan SDO, sekitar sembilan dalam sepuluh (91 peratus) warga emas masih terus menggunakan sekurang-kurangnya satu kemahiran digital yang mereka telah pelajari dalam kehidupan harian mereka.



Kata Pengarah Kelompok, Kesediaan Digital dan Pegawai Program Digital Sepanjang Hayat, IMDA, Cik Dawn Low:



“Sejak 2020, duta digital dari Pejabat Digital SG (SDO) telah mempertingkatkan kemahiran digital asas bagi lebih dari 130,000 warga emas dan memperkasakan 11,000 penjaja di Singapura untuk menggunakan solusi e-pembayaran.



Kami terharu dengan sokongan masyarakat terhadap program-program kami.”



Untuk mendorong rakyat Singapura untuk terus memperkayakan diri dengan kemahiran digital, Festival Digital Sepanjang Hayat (Digital for Life) menawarkan masyarakat beraneka peluang untuk memperkasa diri dengan alat, kemahiran dan tabiat digital.



“Untuk meneruskan momentum ini, SDO akan membawa gerakan Digital Sepanjang Hayat lebih dekat pada masyarakat kami, bermula dengan aktiviti pop-up festival di 50 lokasi merata negara.



“Objektif aktiviti sepanjang minggu ini diharapkan agar dapat memperkaya kehidupan rakyat kami dan menarik mereka untuk menerima digital sebagai amalan sepanjang hayat,” kata Cik Low.



Festival Digital Sepanjang Hayat bakal berlangsung dari 21 hingga 29 Mei ini.

Buat julung-julung kalinya, Festival Digital Sepanjang Hayat melibatkan 3P (private, public, people) - perkongsian dan kerjasama antara pertubuhan dari sektor privet, sektor awam dan pertubuhan kebajikan iaitu pertubuhan sosial atau pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.



Lebih 100 kegiatan dianjurkan secara dalam talian dan secara fizikal dengan kerjasama rakan kongsi 3P dalam festival selama sembilan hari ini.



Antara rakan kongsi 3P termasuk syarikat korporat seperti POSB, FairPrice dan The LEGO Group, sosial atau pertubuhan bukan berasaskan keuntungan seperti RSVP dan Lions Befrienders, agensi-agensi pemerintah seperti Perpustakaan Negara, CSA, GovTech, serta persatuan dan rakan kongsi masyarakat.


Festival DFL diharapkan agar dapat menarik masyarakat setempat melalui acara-acara yang akan dianjurkan secara fizikal dan di dalam talian.



Sepanjang festival ini, masyarakat dialu-alukan menyertai beraneka aktiviti di dalam talian seperti webinar dan bengkel yang diadakan selama lima hari.



Selain itu, peserta boleh mengunjungi festival ini secara fizikal selama dua hujung minggu di lokasi utama - Suntec City pada 21 hingga 22 Mei, dan Heartbeat@Bedok dari 28 hingga 29 Mei. Ada juga 50 lokasi pop-up, di mana pelbagai kegiatan festival akan diadakan. Program dalam talian akan diadakan dari 21 Mei hingga 27 Mei.



Kesemua program utama di festival ini dipilih reka dengan matlamat agar dapat merapatkan jurang digital di antara generasi berbeza, memberikan peluang mengakses platform digital kepada golongan kurang bernasib baik, membina ketahanan digital, memupuk akhlak baik semasa di dalam talian dan menggunakan teknologi untuk kehidupan yang lebih baik.



Peserta boleh mengunjungi gerai-gerai dan menurut serta dalam pelbagai jenis bengkel di festival ini yang dibahagikan kepada tiga kategori - Terokai (Explore), Belajar (Learn) dan Mainkan Peranan (Play a Part), khusus buat setiap golongan peserta termasuk kanak-kanak dan belia, ibu bapa dan kanak-kanak, dewasa yang bekerja dan warga emas.



Misalnya, dalam kategori Terokai, golongan ibu bapa dan kanak-kanak boleh mempelajari tentang keselamatan di dalam talian dan kewarganegaraan digital menerusi program “Google’s Online Safety Park”.



Untuk memastikan rakyat Singapura dibekalkan dengan kemahiran digital selamat, ada webinar tentang Edisi Kecerdasan Buatan (AI) Sekuriti Siber anjuran Siber Belia Singapura dan Flexxon Pte Ltd buat peserta belia.



Dalam bengkel tersebut yang turut disampaikan oleh pakar industri dari Flexxon, peserta bakal mempunyai pengetahuan lebih baik tentang sekuriti siber dan kecerdasan buatan (AI).



Ada juga webinar "Aiyah I won’t kena SCAM la!" untuk mempelajari tentang cara mengesan berita palsu, risiko dan bahaya di dalam talian dan melindungi diri daripada ancaman di dalam talian anjuran Persatuan Profesional Sekuriti Maklumat (AiSP) bersama Huawei Singapore.



Untuk menyertai program festival ini, pendaftaran peserta amat digalakkan kerana tempat terhad, terutama bagi bengkel fizikal. Peserta akan diberikan link webinar apabila mereka mendaftar untuk sesi webinar.



Tunggu apa lagi? Daftar sekarang di laman web digitalforlife.gov.sg.







Imbas kod QR ini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Festival Digital Sepanjang Hayat








Artikel ini dibawakan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >