Dalang masalah jerebu akan diseret ke muka pengadilan
Apr 22, 2016 | 05:30 AM
SINGAPURA akan memastikan syarikat yang menyumbang kepada masalah jerebu di rantau ini dipertanggungjawabkan termasuk mengambil tindakan paling keras yang dibolehkan undang-undang.
Sehubungan dengan itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menekankan mesej negara ini ialah perbuatan tidak bertanggungjawab yang menyebabkan jerebu akan ditangani - tidak kira sama ada ia melibatkan syarikat yang berpangkalan di Singapura ataupun di seberang laut.