Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana $10j Cabaran Presiden perkasa keluarga tingkat daya kerja, kemahiran

Feb 12, 2018 | 05:30 AM



CABARAN Presiden telah memperuntuk $10 juta bagi tempoh lima tahun akan datang untuk satu dana baru yang bertujuan memperkasa golongan memerlukan dari segi kemahiran dan pekerjaan.



Dana Pengupayaan Sepanjang Hayat (ELF) yang baru itu diumumkan Presiden Halimah Yacob di pelancaran Cabaran Presiden 2018, diadakan sempena penyampaian anugerah biasiswa Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (HSEU) semalam.



Dana tersebut akan membiayai program membantu golongan memerlukan dari segi meningkatkan kemahiran, membina keupayaan dan pekerjaan.



Dalam ucapannya semalam, Puan Halimah berkata Cabaran Presiden perlu memberikan sokongan lebih menyeluruh kepada golongan kurang bernasib baik, "menjangkau skim dan program bersifat umum" kepada yang lebih khusus.



"Bagi fasa Cabaran Presiden seterusnya, kami harus mempunyai tumpuan lebih khusus bagi isu sosial yang rumit.



"Dengan pendekatan baru ini, saya berharap Cabaran Presiden boleh membantu kumpulan kurang bernasib baik mengubah keadaan mereka dan membawa perubahan lebih tetap kepada kehidupan orang yang dibantu," ujar Puan Halimah.



Satu program yang akan dibiayai di bawah ELF ialah program 'Lift-Up Pathfinder' yang merupakan kerjasama antara Cabaran Presiden, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).



Di bawah program perintis itu, seramai 50 keluarga bergaji rendah akan dikenal pasti bagi latihan daya kerja dan kemahiran.



Mereka akan berpeluang menghadiri kursus latihan yang dibiayai sepenuhnya, termasuk kursus yang membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam bidang seperti bahasa dan IT sepanjang tempoh empat hingga enam bulan.



Program tersebut akan diperluas jika program perintis itu berjaya dilaksanakan, kata Puan Halimah.



Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari, berkata jika dahulu pihak kesatuan memberi tumpuan kepada memberi anugerah dermasiswa kepada keluarga pekerja bergaji rendah, tetapi dengan sokongan Cabaran Presiden, kesatuan mempunyai dana tambahan bagi mengendalikan bengkel pengayaan untuk keluarga mereka.



"Setiap keluarga ini akan mempunyai seorang pemimpin kesatuan yang membimbing mereka. Pendekatan ini penting kerana kami dapati ramai keluarga ini kurang tahu tentang sokongan yang ada," katanya.



Pemandu ambulans, Encik Mohamad Zahari Suratim, 55 tahun, sekeluarga meraih manfaat daripada dermasiswa HSEU sejak lima tahun lalu dan berharap lebih banyak sokongan dapat diberikan kepada keluarganya menjalani kursus.



"Kalau boleh, saya ingin sertai kursus yang berkaitan dengan pekerjaan saya, atau apa-apa yang boleh membantu saya mempertingkat diri seperti kursus IT," ujar bapa tiga anak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >