Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana $4j bantu keluarga terjejas pandemik

Dana Bantuan Covid-19 Kong Meng San - CDC dilancar
Dec 20, 2020 | 05:30 AM



LEBIH banyak bantuan boleh dimanfaatkan keluarga Singapura yang terjejas oleh Covid-19 dengan adanya dana bantuan berjumlah $4 juta yang dilancarkan semalam.



Dana Bantuan Covid-19 Kong Meng San - Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) telah dilancarkan semalam oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad di Dewan Meditasi di Biara Kong Meng San Phor Kark See (KMSPKS) di Bishan.



Lima CDC di Singapura telah bekerjasama dengan biara tersebut bagi menubuhkan dana bantuan berjumlah $4 juta itu bagi membantu lebih ramai warga Singapura tidak kira bangsa atau agama yang terjejas oleh Covid-19, sama ada kerana kehilangan pekerjaan atau pendapatan ataupun dibuang kerja.



KMSPKS telah mendermakan $2 juta kepada kelima-lima CDC di Singapura bagi dana tersebut.



Ini merupakan kali pertama sebuah institusi keagamaan telah mendermakan jumlah wang sebesar itu bagi inisiatif bantuan Covid-19.



Kesemua CDC akan memadankan sumbangan tersebut dengan lagi $2 juta, menjadikan Dana Bantuan KMS-CDC itu sebanyak $4 juta.



"Sektor privet, awam dan orang ramai mesti bersatu, bekerjasama dan berkolaborasi antara satu dengan lain untuk menyokong mereka yang memerlukan.



"Ini membina masyarakat yang lebih peduli dan inklusif, negara di mana kami semua memikirkan tentang mereka yang kurang bernasib baik di kalangan kita.



"Ini akan menjadikan kita lebih berdaya tahan dan kohesif sebagai satu masyarakat dan memastikan bahawa tiada warga Singapura yang ketinggalan di belakang," kata Encik Masagos dalam ucapannya.



KMSPKS dan rakan kerja masyarakat termasuk organisasi akar umbi akan mengenal pasti para penerima bantuan bagi dana itu, yang bertujuan membantu sehingga 8,000 isi rumah yang layak menerima bantuan sekali sebanyak $500.



Dana bantuan itu hanya terbuka kepada warga Singapura berusia 21 tahun ke atas yang kini tidak mempunyai pekerjaan dan telah mengalami kehilangan pendapatan sepenuhnya akibat cuti tanpa gaji bukan-sukarela, dibuang atau diberhentikan kerja sekurang-kurangnya tiga bulan pada masa permohonan.



Untuk memastikan lebih banyak isi rumah dapat meraih manfaat daripada bantuan ini, penerima bantuan yang sudah menerima dana bantuan Covid-19 lain yang berkaitan CDC tidak akan layak.



Turut hadir di acara pelancaran semalam, Mayor CDC South East, Encik Fahmi Aliman, berkata:



"Usaha menentang Covid-19 dan pemulihannya akan mengambil masa yang lama kerana ramai dalam masyarakat telah terjejas.



"Melakukan sesuatu yang baik bagi masyarakat tidak tertakluk pada kepercayaan atau agama, dan saya berbesar hati bahawa satu lagi organisasi telah tampil ke hadapan untuk mengulurkan khidmat yang diperlukan kepada masyarakat.



"Ini merupakan inisiatif yang sangat dialu-alukan dan saya pasti penduduk akan meraih manfaat daripadanya," ujar beliau.



Sementara itu, Venerable Sik Kwang Sheng, penghulu KMSPKS, berkata:



"Lebih dari sebelumnya, kita mesti menghulurkan belas kasihan dan bantuan kepada orang lain.



"Kami harap dana baru ini boleh memberi penyembuhan kepada hati dan minda mereka yang terjejas secara teruk oleh wabak ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >