Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Pendidikan Harun Ghani bantu pelajar berdikari

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 67 anak pesalah dadah semalam menerima wang bantuan bagi tujuan pendidikan yang secara keseluruhannya bernilai $20,000 daripada Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF).



Tahun ini, para pelajar menerima nilai bantuan lebih tinggi, kenaikan antara 20 dengan 30 peratus berbanding sebelumnya, di tengah-tengah inflasi, kos kehidupan yang meningkat, dan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula tahun depan.



Peningkatan dalam jumlah wang yang diagihkan bertujuan membantu keluarga membuat persediaan lebih baik bagi anak-anak mereka yang bersekolah.



Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun, berkata pandemik Covid-19 telah menyebabkan sesetengah ibu bapa dan penjaga kehilangan mata pencarian mereka, dan ini menjejas seluruh keluarga.



Justeru, beliau berharap anugerah pendidikan ini akan membantu keluarga agar memandang tahun baru sekolah sebagai suatu yang membawa "peluang dan harapan, bukan beban dan pengorbanan".



Tahun ini, pelajar sekolah rendah menerima $150 berbanding $120 sebelum ini, pelajar sekolah menengah menerima $200 berbanding $150, manakala pelajar maktab rendah dan Institut Pendidikan Tekninal (ITE) menerima $250 berbanding $200.



Pelajar politeknik pula menerima $1,500 berbanding $1,200 sementara mahasiswa universiti menerima $2,500 berbanding $2,000 sebelum ini.



Antara penerima semalam ialah Cik Siti Zulaikha Mohd Ramdhan, 21 tahun, mahasiswi tahun kedua Universiti London di Institut Pengurusan Singapura (SIM).



Melihat bapanya keluar masuk penjara beberapa kali atas kesalahan berkaitan dadah sehingga ibunya menjadi pencari nafkah tunggal telah memaksanya bekerja sambilan sejak di peringkat sekolah menengah lagi.



Menurutnya, dana sebegini meringankan beban kewangan yang dialami dan mendorongnya agar belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.



"Apabila kita terima dana ini, kita tidak perlu melakukan perkara seperti mengedar dadah semata-mata ingin mendapat duit. Wang ini juga boleh digunakan untuk membantu dalam pendidikan kita," ujar anak sulung tiga beradik itu.



Menurut Cik Haslinda, HGEF masih lagi memproses 77 permohonan lain bagi anugerah pendidikan tersebut.



Semalam, anak-anak kepada pesalah dadah itu juga berpeluang belajar kemahiran baru iaitu menjahit butang menerusi Projek Sew Butang oleh HGEF.



Sebanyak 200 kit menjahit juga diagihkan kepada anak-anak pesalah dadah.



Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) juga telah menderma 100 kit bertemakan keluarga kepada HGEF sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-70 mereka.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang hadir bagi acara tersebut yang diadakan di Wisma Mendaki, berkata:



"Saya gembira melihat HGEF pergi lebih jauh. Pada tahun-tahun awalnya, ia adalah tentang memberi bantuan dan sokongan tetapi sepanjang tahun-tahun kemudian, ia juga menjalinkan hubungan dan menyediakan jalan bagi keluarga dan terutamanya kanak-kanak untuk berkembang. Itulah yang bermakna."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >