SEBANYAK lapan keluarga banduan dan bekas pesalah menyambut Hari Kanak-Kanak dalam satu acara khas yang diadakan di West Coast Park pada Sabtu lalu.
Dianjurkan Dana Reben Kuning (YRF) bagi penerima bantuan di bawah Program Yellow Brick Road (YBR), relawan YRF menyertai kanak-kanak itu melakukan pelbagai kegiatan dan permainan interaktif termasuk permainan Family Relay.