Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Reben Kuning raih lebih $1juta, manfaat 5,000 penerima bantuan

Feb 04, 2023 | 03:46 PM



Lebih 38 korporat dan 68 penderma individu telah mengikrarkan lebih $1 juta bagi Dana Reben Kuning (YRF) pada tahun ini untuk menyokong banduan, bekas pesalah dan keluarga mereka.



Sumbangan itu dijangka memanfaatkan lebih 5,000 penerima bantuan pada tahun ini, menurut kenyataan YRF semalam (3 Feb).



Sokongan itu dihulurkan kepada YRF yang mentadbir pembiayaan untuk program pemulihan dan integrasi semula untuk banduan dan bekas pesalah, serta program sokongan keluarga bagi mengukuhkan keluarga yang terjejas.



Dana tersebut dikumpul semasa acara dwi tahunan, Majlis Makan Malam Gala Amal YRF 2023, yang dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.



Kenyataan itu berkata sumbangan itu akan disalurkan dalam program seperti Anugerah Dermasiswa Bantuan Latihan Kemahiran bagi Permulaan Semula (Star) YRF dan Yellow Brick Road (YBR).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >