SETIAP hari, dari Isnin hingga Jumaat, Cik Rubiah Hussein akan ke Pusat Makanan Kim Keat Palm ataupun kedai kopi di Lorong 7 Toa Payoh untuk mendapatkan juadah makan tengah hari yang diberikan secara percuma.
Cik Rubiah, 65 tahun, merupakan antara 30 penduduk Toa Payoh East Novena (TEN) yang dipilih untuk menerima bantuan di bawah program baru kawasan kejiranan itu yang dikenali sebagai 'TEN Hot Meals'.