Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70% warga S'pura yakin negara boleh atasi Covid-19: Kajian

Hampir 70% responden rasa vaksin Covid-19 harus diwajibkan bagi rakyat, penduduk
Dec 03, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura yakin akan kebolehan negara ini mengatasi Covid-19, dengan sekitar 70 peratus daripada mereka percaya Singapura akan memenangi usaha melawan koronavirus itu.



Malah, hampir 70 peratus responden merasakan vaksin Covid-19 harus diwajibkan bagi semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang.



Demikian antara hasil dapatan utama daripada kertas kerja Institut Kajian Dasar (IPS), 'Hidup dengan Covid-19 di Singapura: Sikap, Cabaran dan Cara Ke Hadapan', yang diketuai oleh Zamil Penyelidik Utama dan Ketua Makmal Sosial IPS, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Mathew Mathews.



Kajian itu menggunakan data yang dikumpul hasil tinjauan dalam talian yang dijalankan sepanjang 12 fasa atau 'gelombang', dari pertengahan Julai hingga hujung November ini.



Setiap gelombang mengumpul maklum balas daripada lebih 500 warga Singapura dan Penduduk Tetap berusia 21 tahun ke atas.



Ia berdasarkan penemuan kajian IPS sebelum ini yang dijalankan antara April 2020 dengan Mac tahun ini.



Antara 15 dengan 21 September lalu, 65 peratus responden merasakan vaksinasi harus diwajibkan dan jumlah itu meningkat kepada 70 peratus dalam tinjauan dijalankan antara 19 dengan 23 November.



Seramai 80 peratus mereka yang ditinjau berkata mereka puas hati dengan cara pemerintah memastikan sistem penjagaan kesihatan Singapura dapat terus berfungsi dengan baik; dan sekitar 70 peratus puas hati dengan cara pemerintah menyokong keperluan kehidupan serta kebajikan semasa pandemik ini.



Namun, kepuasan terhadap tadbir urus keseluruhan Covid-19 jatuh ke 59 peratus pada awal Oktober 2021 kerana ketika itu, kes Covid-19 adalah tinggi.



Tetapi, peratusan itu naik mencapai 64 peratus pada pertengahan November setelah banyak sekatan Covid-19 dilonggarkan.



Tahap kepuasan dilihat bergerak seiring dengan bilangan kes jangkitan - apabila kes meningkat, peratusan mereka yang berpuas hati dengan cara pemerintah menangani pandemik ini berkurangan.



Menjelaskan, Dr Mathews berkata:



"Terdapat sejenis logik pragmatik yang digunakan oleh warga Singapura dalam mereka mempertimbang tahap kepuasan dengan pemerintah, ia sangat bergantung pada sama ada matlamat tempoh tersebut tercapai, dan sudah tentu, salah satu daripadanya ada kaitan dengan bilangan kes, bilangan kematian."



Sekitar 58 peratus mereka yang ditinjau berkata mereka yakin dengan kebolehan kepimpinan politik di sini menguruskan Covid-19.



Dalam pada itu, golongan berpendapatan rendah dan warga emas merupakan golongan yang paling kurang selesa dengan keputusan untuk hidup dengan Covid-19.



"Golongan lebih tua lebih terjejas dan tentunya kehidupan endemik (untuk hidup dengan Covid-19) agak kurang selesa bagi mereka,'' kata Encik Mathews.



Sekitar 40 peratus mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas kurang yakin untuk keluar makan memandangkan Covid-19 masih berleluasa, berbanding 25 peratus mereka yang berusia 21 dengan 29 peratus.



Mereka yang berpendapatan rendah juga kurang selesa menyertai acara yang besar dan berwisata. Sekitar 63 peratus yang mempunyai gaji kurang $3,000 sebulan berkata mereka tidak yakin untuk melancong ke negara yang mempunyai kes Covid-19 yang rendah, berbanding 43 peratus mereka yang bergaji $6,000 dan ke atas.



Selain Dr Mathews, turut bertanggungjawab atas kertas kajian itu ialah Bekas Rakan Penyelidik, Makmal Sosial IPS, Encik Syafiq Suhaini; Pengarah Bersekutu, Makmal Sosial IPS, Dr Mike Hou dan Penolong Penyelidik, Makmal Sosial IPS, Cik Fiona Phoa.




DAPATAN UTAMA KERTAS KERJA INSTITUT KAJIAN DASAR (IPS) 'HIDUP DENGAN COVID-19 DI SINGAPURA: SIKAP, CABARAN DAN CARA KE HADAPAN'



TADBIR URUS COVID-19



  • Rasa puas terhadap cara pemerintah urus Covid-19 : 64% (pertengahan Nov)

  • Percaya negara dapat perangi Covid-19: 70%

HIDUP DENGAN COVID-19



  • Yakin Singapura boleh atasi Covid-19: Sekitar 70%

  • Lebih suka pulih di rumah berbanding di kemudahan penjagaan masyarakat (CCF): Sekitar 66.6%

  • Berpendapat vaksinasi Covid-19 patut diwajibkan: ~ 70%

SIKAP TERHADAP LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT (SMM)



  • SMM seperti pakai pelitup, ujian Covid-19 kerap, penjarakan selamat mampu kurangkan jangkitan: 80-90%

  • SMM menyusahkan: Sekitar 25%

  • Tidak perlu pakai pelitup semasa berada di luar atau tempat tidak ramai orang: Sekitar 50%

  • Bolehkan perjumpaan dan kumpulan lebih ramai orang: Sekitar 50%




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >