Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapatkan vaksin agar tak terlepas makan di luar, pergi shopping...

Oct 11, 2021 | 05:30 AM



APABILA Cik Noor Hidayah Selamat dimaklum berita mengenai peraturan berlainan bagi individu belum divaksin yang akan dikuatkuasakan lusa, beliau dengan segera menempahkan slot pemvaksinan suntikan pertama untuk anaknya semalam.



Dengan adanya peraturan demikian, pekerja jabatan Kemalangan dan Kecemasan di sebuah hospital itu berkata, beliau tidak mahu anaknya, Sharifah Sonia Syed Anis Alsree, ditangguh peluang untuk menjamu selera di restoran atau pergi ke pusat beli-belah dengan keluarga atau temannya selepas habis Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) baru-baru ini.



Ibu dua anak berusia 37 tahun itu juga sedar akan kepentingan melindungi anaknya daripada Covid-19 dengan secepat mungkin apabila ia tersedia untuk mereka.



"Saya kira selagi anak saya tidak divaksin, dia seolah tiada kebebasan sebab tak boleh ke sana atau ke sini dan hanya boleh duduk di rumah sahaja.



"Sebenarnya memang kita nak tunggu sebentar sebelum mendapatkan vaksin untuknya tapi selepas pengumuman semalam (kelmarin) kita cepat-cepat buat booking," katanya, ketika ditemui di pusat pemvaksinan Our Tampines Hub (OTH) semalam.



Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin mengumumkan individu yang tidak divaksin dilarang menjamu selera di luar, mengunjungi pusat beli-belah, atau melawat tempat tarikan mulai Rabu ini, kecuali individu berusia di bawah 12 tahun.



Semalam, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Enterprise Singapore (ESG) dalam kenyataannya mengatakan tempoh kelonggaran selama seminggu dari 13 hingga 19 Oktober akan diberikan bagi pengendali serta orang ramai ke pusat beli-belah sebagai tempoh menyesuaikan diri terhadap langkah pengurusan selamat terbaru itu.



Anak Cik Noor Hidayah, Sharifah Sonia, baru sahaja mencecah 12 tahun pada Ogos lalu.



Tinjauan Berita Harian (BH) semalam mendapati ramai telah berkunjung ke pusat pemvaksinan OTH untuk menerima suntikan vaksin - kebanyakan bagi suntikan kedua atau suntikan penggalak.



Sekitar 70 peratus tempat duduk dipenuhi penduduk yang sedang menunggu giliran mereka dapatkan vaksin.



Beberapa relawan memberitahu BH bahawa lebih 1,200 orang telah menempah slot vaksin di OTH semalam tidak termasuk mereka yang datang tanpa janji temu.



Cik Noor Hidayah yang menemani anaknya itu berkata waktu menunggu giliran untuk mendapat vaksin adalah sekitar 30 minit hingga satu jam, namun prosesnya agar lancar.



Selain beliau, Cik Zubaida Mohd Ali, 74 tahun, yang hadir bagi mendapatkan suntikan kedua, berkata:



"Saya sudah beberapa kali tangguh (dapatkan vaksin) tetapi selepas ada sekatan menjamu selera di restoran sejak kebelakangan ini saya menempah slot pertama bulan lalu. Anak saya yang mendorong saya ambil vaksin, lagi pun saya sudah lanjut usia. Jadi lebih baik saya lindungi diri saya ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >