DIA menghempaskan pintu teksi semasa bertelingkah dengan temanitanya dan memberitahu pemandu teksi itu agar tidak memandu.
Apabila pemandu teksi itu, Encik Goei Ah Gee, keluar dari kenderaannya untuk melihat sama ada pintu teksi itu rosak, Dino Teo Wei Chiang, 23 tahun, menumbuk pemandu teksi SMRT berusia 41 tahun itu berulang kali di mukanya.