SEORANG profesor Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mengaku bersalah di mahkamah semalam atas dua tuduhan mencuri.
Profesor bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, Er Meng Joo, 55 tahun, mengaku mencuri barangan, termasuk penyegar udara dan kelengkapan bilik mandi bernilai $225 dari cawangan NTUC FairPrice di stesen minyak Esso Dunearn Road pada Januari tahun lalu.