Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN GCE PERINGKAT ‘O’

Dari pelajar pemalu, jaya catat 5 gred A

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR Siti Aisyah Abdul Rahman banyak melibatkan diri dalam kegiatan luar darjah di sekolah untuk mengatasi sifat pemalunya.



Berkat dorongan ibunya, Cik Intan Adzurah Osman, seorang suri rumah berusia 48 tahun, Siti Aisyah memutuskan untuk menyertai pasukan Palang Merah di sekolahnya.



Ia merupakan kegiatan kokurikulum (CCA) kerana ibunya berpendapat kemahiran yang diperoleh di pasukan itu boleh membantu meningkatkan keyakinan diri.



"Ibu saya juga menyertai pasukan Palang Merah sewaktu beliau di sekolah dan beliau beritahu banyak faedah dengan menyertai pasukan ini," ujar anak kedua tiga beradik itu.



Bersama pasukan Palang Merah, Aisyah menawarkan diri untuk menjadi Ketua Operasi sewaktu di menengah tiga pada 2019, peranan yang penting untuk memastikan kegiatan dijalankan dengan lancar, termasuk membuat perancangan logistik bagi semua aktiviti pasukan itu.



Pada 2020 pula, beliau dinaikkan pangkat kepada Pegawai Waran (WO) di sekolahnya, pangkat tertinggi di dalam pasukan Palang Merah.



Selain itu juga, beliau turut memenyertai beberapa pertandingan antara sekolah-sekolah, termasuk pertandingan Matematik Australia sewaktu menengah satu dan dua.



Di dalam pertandingan itu, beliau berjaya meraih mata kredit.



Kini, pelajar Sekolah Menengah Serangoon Garden itu adalah di antara pelajar cemerlang dari segi akademik dan juga kegiatan luar darjah CCA di sekolahnya.



Aisyah berjaya meraih kepututusan kepujian, lima gred A dan satu gred C.



Semasa di menengah satu, pelajar ceria berusia 16 tahun itu mengaku beliau lemah dalam subjek Bahasa Inggeris.



Namun, dengan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh guru dan rakannya, beliau berjaya memperbaiki prestasi di dalam mata pelajaran itu.



Tahun lalu juga merupakan tahun yang mencabar bagi ramai pelajar terutama sewaktu tempoh pemutus litar untuk mengawal penularan Covid-19 berlaku.



Beliau akui tidak mudah mengikuti pelajaran dari rumah (HBL).



Kata Aisyah, beliau sukar berinteraksi dengan guru-guru semasa kelas dijalankan dalam talian.



Namun, beliau sangat bersyukur kerana guru-gurunya memberi sokongan yang kuat dan mengaturkan kelas tambahan bagi murid-murid yang lemah.



Menyentuh tentang cita-citanya, beliau berhasrat menyambung pengajiannya di Politeknik Singapura dalam jurusan Perakaunan - bidang yang diceburi bapanya, Encik Abdul Rahman Mohd Kasim, 52 tahun, seorang akauntan.



"Saya mahu menjadi akauntan yang berjaya seperti bapa saya," ujarnya.



Ditanya tentang keputusan peperiksaan yang diperolehi, beliau menjawab:



"Saya sangat lega dan gembira kerana dapat keputusan peperiksaan yang baik.



"Saya telah lulus subjek Bahasa Inggeris dan telah mendapat keputusan yang saya kehendaki untuk subjek-subjek lain. Saya sangat bangga dengan keputusan itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >