Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LONJAKAN PERMINTAAN BAGI TEKSI, KERETA SEWA PRIVET

Dari pemandu kereta sewa kepada pengurus operasi penghantaran

Bekas pemandu Grab tukar kerjaya kepada pekerjaan sepenuh masa dek terjejas pandemik Covid-19
May 28, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG wabak Covid-19, Encik Muhammad Suhaizan Bahlam mengalami kesukaran mendapatkan penumpang sebagai pemandu kereta sewa privet (PHV).



Berharap dapat mencari sumber pendapatan alternatif, Encik Suhaizan mula menawarkan khidmat penghantaran setiap hari untuk kedai daging, The Meatery, pada 2019 supaya dapat terus menyara keluarganya.



Dengan tekad usahanya, beliau berjaya mendapatkan jawatan sepenuh masa pada 2020 ketika syarikat tersebut mengembangkan tenaga kerjanya.



Berhenti memandu Grab sepenuh masa, Encik Suhaizan, 41 tahun, berkata beliau kini dapat mempunyai keseimbangan kehidupan kerja serta menikmati gaji bulanan yang tetap.



Menurut Encik Suhaizan, semasa memandu Grab ketika itu, pendapatannya terjejas sebanyak 60 peratus.



"Saya sudah lama berkecimpung dalam industri ini.



"Sebelum bekerja sebagai pemandu Grab, saya memandu teksi dan mula untuk menjadi selesa dengan pekerjaan ini kerana ia memberi saya fleksibiliti untuk memilih bila saya ingin bekerja.



"Namun, apabila Singapura dilanda Covid-19, saya tidak sangka saya akan terjejas teruk.



"Kejadian ini membuat saya memikirkan tentang masa hadapan saya dan kemampuan saya untuk menyara keluarga kecil saya," jelas bapa kepada dua orang anak lelaki itu.



Mula menjadi penghantar barangan untuk The Meatery sebagai pekerja sambilan, Encik Suhaizan menghabiskan masa hampir lima jam sehari untuk melakukan kerja penghantaran.



Ketika dihubungi Berita Harian, beliau berkata kerja tambahan ini membantunya menampung kos sebanyak 35 peratus pendapatan yang beliau kehilangan.



Dengan sikap kerja yang baik dan keazaman untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam pekerjaannya, Encik Suhaizan ditawarkan pekerjaan sepenuh sebagai pemandu penghantaran untuk The Meatery pada 2020.



Mempunyai latar belakang dalam industri pemasaran serta penjualan juga sebelum ini, beliau kemudian dinaikkan pangkat pengurus operasi di The Meatery dan mengendali kakitangan seramai 12 orang serta jadual penghantaran bagi barangan-barangan mereka.



Melahirkan perasaan syukur, Encik Suhaizan berkata terdapat banyak faedah sebagai pekerja sepenuh masa.



Antaranya termasuk keselamatan kerja dan lebih banyak masa luang.



"Sebelum ini, saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.



"Sekarang kebajikan saya dijaga oleh majikan dan saya tidak perlu khuatir sekiranya saya tidak mempunyai wang simpanan dalam CPF.



"Selain itu, saya juga mempunyai lebih banyak masa sekarang untuk luangkan bersama anak-anak saya kerana saya tidak perlu memandu berjam-jam mencari penumpang," ujarnya.



Dengan pasaran pekerjaan kini semakin luas, Encik Suhaizan berkata beliau berharap ramai yang mengambil peluang ini untuk mencari pekerjaan sepenuh masa.



"Ramai orang yang saya tahu berniat untuk memandu Grab sementara, tetapi lama-kelamaan menjadi pekerjaan sepenuh masa kerana tidak dapat peluang pekerjaan lain.



"Jadi dengan keadaan semakin pulih sekarang, saya berharap orang ramai merebut peluang ini untuk menceburi bidang yang mereka inginkan," katanya.




RAIH GANJARAN SELEPAS TUKAR KERJAYA



"Sebelum bekerja sebagai pemandu Grab, saya memandu teksi dan mula untuk menjadi selesa dengan pekerjaan ini kerana ia memberi saya fleksibiliti untuk memilih bila saya ingin bekerja.

Namun, apabila Singapura dilanda Covid-19, saya tidak sangka saya akan terjejas teruk.

Kejadian ini membuat saya memikirkan tentang masa hadapan saya dan kemampuan saya untuk menyara keluarga kecil saya."

- Encik Muhammad Suhaizan Bahlam, yang mengalami kesukaran mendapatkan penumpang sebagai pemandu kereta sewa privet sepanjang wabak Covid-19. Supaya dapat terus menyara keluarganya, beliau pada mulanya menawarkan khidmat penghantaran setiap hari untuk kedai daging The Meatery pada 2019 sebelum berjaya mendapat jawatan sepenuh masa pada 2020. Beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi pengurus operasi dan kini mengendali kakitangan seramai 12 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >