Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari tak boleh 'duduk diam', kini pimpin platun

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



Selepas 22 minggu menjalani Kursus Kadet Pakar (SCS) yang mencabar, seramai 1,139 kadet dari Tentera Singapura, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Bersama berjaya menamatkan latihan mereka dan lulus sebagai spesialis dan pakar tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Mereka dilatih dalam keadaan yang mencabar dan realistik untuk mengembangkan kemahiran kepemimpinan dan pertempuran, selain mendalami lagi kepakaran vokasional masing-masing. BERITA HARIAN (BH) menyorot pengalaman dua kadet ini.



SEBAGAI seorang yang periang dan suka membuat orang lain tersenyum dan ketawa, bukan mudah bagi dirinya untuk membiasakan diri dengan budaya rejimen tentera.



Selain latihan yang mencabar, Sarjan Ketiga (3SG) Muhammad Syukri Sutresno juga perlu belajar cara untuk jadi lebih berdisiplin, lebih-lebih lagi apabila beliau akan diberi tanggungjawab memimpin sebuah platun di unit Polis Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



"Semasa pertama kali menjalani latihan di sini, saya menghadapi beberapa cabaran kerana saya tidak dapat 'duduk diam'.



"Namun begitu, rakan-rakan dan pelatih saya membuat saya sedar bahawa saya perlukan tahap regimen dan disiplin tertentu. Jadi itulah perkara yang amat sukar bagi diri saya.



"Sebenarnya kami masih boleh menjadi diri sendiri, tetapi pada waktu yang tepat. Kita perlu tahu bagaimana untuk membezakan masa untuk melakukan tugas dengan serius dan masa untuk bersuka ria. Itulah cara saya mengatasi cabaran ini," katanya.



3SG Syukri, 21 tahun, merupakan antara 1,139 kadet yang berjaya menamatkan latihan Sekolah Kadet Pakar (SCS) baru-baru ini.



Mereka merupakan anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa daripada Angkatan Tentera Singapura, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).



Kursus yang dilalui 3SG Syukri cukup mencabar, namun berkat sikap yang tidak kenal erti putus asa dan kesungguhannya, anak sulung daripada keluarga dua beradik itu diiktiraf dengan penerima anugerah Bayonet Emas kerana prestasinya yang cemerlang.



Menurut beliau, menjadi penerima bayonet merupakan antara sasarannya apabila mula mengikuti kursus itu.



Kini, memandang ke hadapan, 3SG Syukri telah menetapkan sasaran baru yang melibatkan masa hadapannya - beliau ingin menyertai Polis Tentera SAF sebagai seorang pegawai sepenuh masa.



"Saya sudah pun merancang untuk 'sign-on' dan berharap dapat diberikan peluang ini agar saya dapat terus meningkatkan diri saya sebagai anggota tentera polis.



"Ini merupakan satu kerjaya yang dapat saya lakukan untuk jangka masa yang panjang," ujar bekas pelajar Politeknik Republik yang memegang Diploma dalam jurusan reka bentuk untuk pengalaman pengguna.



Semasa berucap di majlis yang diadakan dalam talian semalam, Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How menegaskan kepentingan latihan bagi mengekalkan tahap kesediaan operasi SAF yang tinggi sambil memastikan keselamatan tentera menjadi keutamaan.



Beliau juga menggalak kadet yang akan menjadi pemimpin ini untuk memupuk budaya di mana para askar dapat belajar, menyesuaikan diri dan terus meningkatkan kemahiran mereka.



"Contoh yang baik adalah bagaimana anda dan pelatih anda telah menyesuaikan diri dengan Covid-19, dan memindahkan pelajaran, latihan dan ujian dalam talian. Begitu juga, SAF akan kerap menghadapi ketidakpastian dan kerumitan.



"Anda akan menghadapi cabaran baru dan persekitaran operasi yang cepat berubah. Keupayaan untuk belajar, berinovasi dan menyesuaikan diri di semua peringkat SAF akan menjadi kelebihan daya saing yang penting bagi kami," kata Encik Tan.




"Semasa pertama kali menjalani latihan di sini, saya menghadapi beberapa cabaran kerana saya tidak dapat 'duduk diam'.



Namun begitu, rakan-rakan dan pelatih saya membuat saya sedar bahawa saya perlukan tahap regimentasi dan disiplin tertentu. Jadi itulah perkara yang amat sukar bagi diri saya.



Sebenarnya kami masih boleh menjadi diri sendiri, tetapi pada waktu yang tepat. Kita perlu tahu bagaimana untuk membezakan masa untuk melakukan tugas dengan serius dan masa untuk bersuka ria. Itulah cara saya mengatasi cabaran ini."
- Sarjan Ketiga (3SG) Muhammad Syukri Sutresno.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >