Darul Arqam sumbang $20,000 kepada Mercy Relief sempena majlis buka puasa
Jun 03, 2019 | 05:30 AM
KECERIAAN Ramadan diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Darul Arqam kelmarin, yang turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Sekitar 600 tetamu menghadiri majlis berbuka puasa itu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood; Pengerusi Mercy Relief, Encik Suhaimi Rafdi; dan Presiden Darul Arqam, Encik Imran Kuna.