Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AIDILFITRI TERAKHIR MASJID DARUL MAKMUR SEBELUM PENINGKATAN

Darul Makmur dinaik taraf bagi penuhi keperluan jemaah

Masjid masih perlu $7j bagi biayai projek peningkatan yang bermula Isnin
Apr 21, 2023 | 05:30 AM



MASJID Darul Makmur sudah berusia lebih 36 tahun, justeru telah tiba masanya bagi bangunan hampir empat dekad itu dipertingkat secara berskala besar untuk memenuhi keperluan jemaah.



Namun masjid di Yishun Avenue 2 itu masih memerlukan $7 juta - daripada jumlah keseluruhan kos sebanyak $15 juta - untuk menampung kos projek peningkatan.



Projek itu dijadual bermula pada 24 April, selepas musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, dan dijangka selesai pada penghujung 2025.



Justeru, solat Aidilfitri pada Sabtu merupakan solat Raya terakhir sebelum masjid itu ditutup bagi tempoh peningkatan tersebut.



Ditemui Berita Harian (BH), Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, memberitahu bahawa sepanjang projek itu, pejabat masjid yang lebih kecil akan terus dibuka di kawasan masjid bagi tujuan menerima derma selain menjadi pusat bantuan kepada penduduk yang memerlukan.



Turut disediakan adalah ruang solat yang boleh menampung antara 20-50 jemaah, bagi tujuan solat secara bersendirian di samping disediakan tempat wuduk.



Beliau berkata operasi pejabat utama akan dipindahkan ke Masjid Assyafaah di Sembawang.



Sebelum ini, perkhidmatan tadika dan Madrasah aLIVE telah pun berpindah ke Masjid Assyafaah.



"Namun kami rancang untuk meneruskan beberapa kegiatan berkala di kawasan Yishun, termasuk ceramah bulanan di kolong blok atau dewan serba guna dengan kerjasama pihak akar umbi.



"Kami juga akan teruskan program menyantuni penduduk termasuk pengagihan makanan kepada penduduk di flat sewa," katanya.



Mengenai hasil utama projek peningkatan itu, Encik Izuan berkata masjid itu akan mendapat menampung lebih ramai jemaah, daripada 2,500 orang kepada 4,100 orang.



Satu lif baru juga akan disediakan bagi memudahkan jemaah bergerak dari aras satu ke aras tiga.



Ini memandangkan sekitar 50 peratus jemaah yang datang ke masjid itu adalah warga emas, justeru kemudahan lif itu memang amat diperlukan.



Satu lagi kemudahan adalah kelas tadika yang dibangunkan khusus bagi tujuan pendidikan kanak-kanak, yang menyediakan suasana pembelajaran lebih selesa dan selamat.



Bangunan masjid juga akan dilengkapi kemudahan tanpa halangan bagi keperluan jemaah yang sukar bergerak termasuk tanjakan.



Mengenai usaha mengumpul dana itu, Encik Izuan berkata:



"Kami benar-benar mengharapkan sokongan orang ramai untuk terus menghulurkan sumbangan agar kami dapat mencapai matlamat baki $7 juta yang diperlukan.



"Projek naik taraf ini memang diperlukan agar Masjid Darul Makmur yang usang ini dapat berwajah baru dengan kemudahan baru sekali gus memberi khidmat lebih baik dan relevan kepada jemaah dan penduduk."



Mengenai solat Raya kali ini, Encik Izuan menyeru orang ramai agar dapat melakukannya di Masjid Darul Makmur sebelum masjid itu ditutup selama dua tahun bagi projek peningkatan.



"Datanglah dan raikan Aidilfitri kali ini pada pagi Raya di masjid, sebelum ia ditutup buat sementara waktu," katanya sambil memberitahu bahawa tiga sesi solat Raya akan diadakan.



Jadualnya, sesi pertama diadakan dengan khutbah bahasa Melayu; sesi kedua bahasa Inggeris; dan sesi ketiga dalam bahasa Bengali.




"Projek naik taraf ini memang diperlukan agar Masjid Darul Makmur yang usang ini dapat berwajah baru dengan kemudahan baru sekali gus memberi khidmat lebih baik dan relevan kepada jemaah dan penduduk... Datanglah dan raikan Aidilfitri kali ini pada pagi Raya di masjid, sebelum ia ditutup buat sementara waktu."



- Encik Izuan Mohd Rais, Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >