Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dasar tidak statik, boleh dibincang dan diubah

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



DASAR yang dihasilkan pemerintah tidak bersifat statik dan boleh dibincangkan serta diperdebat, dan pemerintah akan terus berusaha mencari cara menetapkan dasar sesuai, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Ini seperti yang dilakukan dalam perubahan dasar berhubung pemakaian tudung oleh pekerja penjagaan kesihatan, ujar beliau.



Dalam sesi soal jawab semasa persidangan mengenai identiti anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) semalam, ada peserta bertanya pendapat Encik Wong adakah identiti tunggal Singapura hasil daripada perkembangan dan pemasyarakatan beberapa tahun lalu dan bagaimana identiti tunggal itu dapat digabungkan dengan idea baru generasi baru.



Encik Wong menjawab: "Identiti warga Singapura tidak pernah bersifat tunggal. Sebagaimana saya pernah katakan, kita mempunyai identiti berbilang dan kita tidak harus menolak identiti berbilang ini... anda boleh menjadi warga Singapura dan semua itu.



"Saya fikir yang penting ialah mencari kesamaan yang boleh kita kongsi sebagai rakyat Singapura dan ini penting kerana ia asas bagi mana-mana negara dan masyarakat."



Beliau berkata pada akhirnya ia adalah tentang cara rakyat berinteraksi dan berhubungan dengan satu sama lain dan percaya pada satu sama lain.



"Dan ini nampak seperti sesuatu yang jelas dan mudah, tetapi ini adalah sesuatu yang pesat berubah," ujarnya.



Beliau menekankan lagi jaminan pemerintah akan berusaha menjadi perantara adil dan jujur. Pemerintah akan mendengar semua pihak yang membahaskan isu dan berusaha memahami bagaimana sikap dan pemikiran berubah kerana semua ini akan berubah.



"Ia bukanlah kedudukan statik. Dan dalam kami melakukan semua itu, apabila keputusan dasar perlu dibuat, kami akan berusaha mencari dasar yang sesuai.



"Dalam beberapa situasi, kami mungkin membuat keputusan selepas melakukan perbincangan dan pertimbangan agak lama bagi membuat penyesuaian pada dasar, seperti dilakukan bagi isu tudung bagi jururawat.



"Ada juga yang kami mungkin putus untuk kekalkan sesuatu dasar, tetapi akan membolehkan kelonggaran, seperti dilakukan bagi Dasar Integrasi Etnik (EIP) bagi flat HDB," ujar beliau.



Justeru proses membenarkan perbincangan berlaku, berhubungan dengan rendah diri dan menghormati satu sama lain serta memahami dasar hari ini tidak pernah statik kerana dasar akan mencerminkan keseimbangan yang berubah dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >