Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Data 129,000 pelanggan Singtel dicuri dalam serangan siber pihak ketiga

Feb 17, 2021 | 11:21 PM



DATA peribadi kira-kira 129,000 pelanggan Singtel dicuri baru-baru ini oleh penggodam semasa pencerobohan sistem perkongsian fail pihak ketiga yang digunakan oleh telko tersebut.


Maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor pengenalan dan tarikh lahir, dalam pelbagai kombinasi, dicuri oleh penggodam, kata Singtel dalam satu kenyataan pada Rabu (17 Feb).


Mereka juga mencuri butiran akaun bank milik 28 bekas pekerja Singtel, dan maklumat kad kredit milik 45 pekerja seorang pelanggan korporat, menurut kenyataan itu.


Beberapa maklumat yang dicuri mungkin telah disiarkan di Web gelap, di laman milik sekumpulan penggodam memeras ugut (ransomware), lapor The Straits Times.


Lebih 11GB data, termasuk butiran pembayaran, dibocorkan dalam talian minggu ini oleh penggodam dari geng Clop, yang di laman webnya, menuntut bitcoin bernilai $250,000 untuk "mengelakkan keadaan ini".


Difahamkan maklumat yang dimuat naik itu berkait dengan data yang dicuri yang pada asalnya disimpan dalam sistem alat pemindahan fail (FTA) Accellion yang digunakan oleh Singtel.


Telko itu sebelum itu telah berkata fail FTA tersebut diakses secara haram pada 20 Januari lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >