Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Data awal pil baru Covid-19 Pfizer ‘nampak menggalakkan’ tetapi lebih banyak data diperlukan: NCID

Nov 14, 2021 | 05:42 PM



Data awal bagi pil anti virus baru Pfizer 'nampaknya menggalakkan', kata Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID), sambil menambah ia sedang menantikan data lebih lanjut sebelum menimbangkan kegunaannya untuk pesakit Covid-19.

Data awal telah menunjukkan bahawa ubat itu mampu mengurangkan sebanyak 89 peratus kemungkinan dimasukkan hospital atau kematian di kalangan dewasa yang berisiko mengalami penyakit teruk, kata Pfizer pada 5 November.

Golongan itu termasuk mereka yang mempunyai gejala sederhana dalam masa tempoh lima hari dan berisiko menghadapi penyakit teruk seperti penyakit paru-paru kronik, tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Dalam responnya kepada The Straits Times, Pfizer berkata ia merancang untuk memberikan hasil percubaan awal agar pil itu diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat, secepat mungkin.

Ini akan disusuli dengan pemberian hasil percubaan di pasaran lain walaupun Pfizer tidak dapat menentukan garis waktu.

Rawatan dikenali sebagai Paxlovid, menggabungkan ubat baru Pfizer dengan ubat anti virus lama, dikenali sebagai ritonavir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >