Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Data peribadi pelanggan Fullerton Health dijual dalam talian lepas server vendornya digodam

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



BUTIRAN peribadi pelanggan Fullerton Health dicuri oleh penggodam dan dijual dalam talian, selepas satu vendor kumpulan penjagaan kesihatan swasta itu diceroboh awal bulan ini.



Data itu dijual dalam talian melalui forum penggodam sejak 11 Oktober, dan boleh dibeli pada harga AS$600 ($810) dalam bentuk Bitcoin.



Namun, difahamkan bahawa penggodam itu telah meniadakan pos berkaitan penjualan data tersebut sejak Jumaat lalu.



Penggodam itu berkata mereka dapat mencuri data 400,000 orang, termasuk butiran dasar insurans warga Singapura.



Sampel data yang dimuat naik oleh penggodam yang tidak dapat dikenal pasti itu termasuk nama dan nombor kad pengenalan pelanggan, serta maklumat berkaitan akaun bank, majikan dan rekod perubatan.



Ia juga mengandungi butir peribadi anak-anak pelanggan.



Sebuah sampel dokumen yang dikongsi penggodam menunjukkan kepala surat Fullerton Health dan Singapore Airlines.



Pencerobohan itu dilakukan ke atas server yang digunakan oleh Agape Connecting People, sebuah perusahaan sosial yang menyediakan khidmat pusat kontak.



Khidmat Agape digunakan sebagai vendor untuk menguruskan tempahan oleh pelanggan Fullerton Health.



Penyedia khidmat perubatan itu menemui kesan pencerobohan tersebut sebelum memberitahu Agape pada 19 Oktober.



Kededuanya telah membuat laporan polis, dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) telah diberitahu. Siasatan masih dijalankan.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST), Fullerton Health mengesahkan bahawa rangkaiannya tidak terjejas, dan ia sedang cuba menentukan nombor dan identiti mereka yang terjejas.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Health, Encik Ho Kuen Loon, berkata khidmat syarikat itu tidak terjejas oleh insiden tersebut.



"Kami memandang serius insiden ini kerana kerahsiaan dan butiran peribadi pelanggan kami sangat penting bagi kami," katanya.



"Kami akan menghubungi pelanggan kami yang data peribadi mereka mungkin terjejas dalam masa terdekat."



Fullerton Health, yang mempunyai pengkhususan dalam membentuk khidmat perubatan bagi pelanggan korporat dan insurans, berkata pencerobohan data itu melibatkan data pesakit daripada operasinya di Singapura.



Ia telah mendapatkan khidmat pakar keselamatan siber untuk bekerjasama dengan Agape bagi memastikan insiden seperti ini tidak berlaku lagi.



Menurut Agape semalam, sistemnya diasingkan dan dihentikan serta-merta sebaik sahaja pencerobohan data itu dikenal pasti, dan tiada butiran kad kredit atau maklumat kata kunci terjejas.



"Kami dalam proses mengesahkan tiada pelanggan lain Agape Connecting People terjejas," tambahnya.



"Kami kesali kejadian ini telah menimbulkan kesulitan bagi pelanggan kami dan pelanggan mereka."



Pemeriksaan oleh ST mendapati penggodam itu pakar dalam pencurian dan penjualan data daripada sektor e-dagang dan penjagaan kesihatan.



Mereka menjual data daripada banyak pertubuhan di banyak negara.



Tidak diketahui apakah mereka mempunyai sebarang insentif untuk menghentikan penjualan data Fullerton Health secara tiba-tiba.



Fullerton Health salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan swasta yang terlibat dalam program vaksinasi nasional Singapura.



ST difahamkan bahawa data yang dicuri tidak berkaitan program itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >