Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daya usaha sarapan percuma di Choa Chu Kang wadah dekati penduduk

Kenali penduduk yang tidak mempunyai akses kepada kedai makanan dekat rumah mereka
Sep 24, 2022 | 05:30 AM



SEORANG penduduk Choa Chu Kang tiba-tiba dikejutkan daripada tidurnya pada pagi yang dingin dek cuaca hujan Ahad lalu.



Namun, beliau menganggapnya berbaloi selepas mendapati terdapat trak makanan Old Chang Kee di bawah bloknya, dengan Anggota Parlimen bagi kawasan undinya, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, mengagihkan set sarapan percuma kepada penduduk.



Video TikTok penduduk yang menerima sarapan percuma itu tular di media sosial sejak hujung minggu lalu dan telah menarik perhatian ramai orang, termasuk mereka yang meluahkan harapan agar Anggota Parlimen di kawasan undi mereka dapat turut melakukan hal yang sama.



Namun, Encik Zhulkarnain memberitahu Berita Harian bahawa ini merupakan satu daya usaha strategik yang telah dijalankan di kawasan undi itu sejak Disember lalu.



Tujuannya adalah untuk mengenali penduduk di kawasan itu yang tidak mempunyai akses kepada kedai makanan dekat rumah mereka serta mendapatkan maklum balas mereka tentang pilihan makanan di kawasan perumahan mereka.



Tambahnya, usaha ini adalah lanjutan daripada tinjauan tentang kedai makan di Keat Hong yang dijalankan pada 2020.



"Hasil maklum balas yang dikumpul, saya gembira untuk mengumumkan bahawa kafe mesin layan diri akan dibuka di Zon 4 dan Zon 9 bulan depan.



"HDB juga akan melancarkan khidmat bas ulang-alik percuma pada waktu tertentu untuk menghubungkan kesemua tiga pasar dan pusat makanan di Teck Whye, Brickland dan Choa Chu Kang.



"Ini bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan makanan disebabkan kerja ubah elok pusat makanan semasa kerja naik taraf Sunshine Place dijalankan," ujar Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang itu.



Encik Zhulkarnain berkata daya usaha trak makanan itu telah mendekati hampir semua penduduk di Keat Hong kini, dengan 300 hingga 400 penduduk secara purata yang hadir bagi setiap sesi pengagihan sarapan sejak inisiatif itu bermula Disember lalu.



Dengan banyak pandangan dan maklum balas bagi kedai dan pilihan makanan di kawasan itu sudah dikumpul sejauh ini, beliau berkata daya usaha itu akan berakhir tidak lama lagi.



Selain mendapatkan maklum balas tentang pilihan makanan di kawasan tersebut, beliau berkata daya usaha trak makanan itu juga merupakan antara wadah untuk mendekati penduduk - selain menerusi acara, lawatan ke rumah penduduk dan pesta blok - untuk mendapatkan maklum balas penduduk tentang peningkatan estet perumahan mereka.



Misalnya, hujung minggu lalu, Encik Zhulkarnain berkata beliau mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan penduduk tentang rancangan pembaharuan kejiranan bagi blok berdekatan semasa sesi pengagihan sarapan itu.



"Oleh itu, saya rasa tidak adil untuk meminta pendekatan ini turut dilaksana di tempat lain secara umumnya.



"Setiap kawasan undi mempunyai keperluan tersendiri, jadi cara pendekatan juga berbeza," ujar beliau ketika ditanya tentang pandangannya berhubung sesetengah pihak yang meminta Anggota Parlimen di kawasan undi mereka untuk menjalankan daya usahatrak makanan yang sama di kawasan perumahan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >