Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN LAWATAN NEGARA PRESIDEN HALIMAH KE VIETNAM

Daya usaha S'pura manfaatkan tenaga boleh diperbaharui

Oct 27, 2022 | 05:30 AM



KERJASAMA dalam bidang tenaga hijau merupakan antara tumpuan utama perbincangan yang diadakan semasa lawatan lima hari Presiden Halimah Yacob ke Vietnam baru-baru ini.



Singapura dan Vietnam juga telah menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MOU), menetapkan komitmen kerjasama kededua negara merangkumi bidang tenaga dan ekonomi hijau serta digital untuk jangka masa panjang.



Presiden Halimah, yang telah menyaksikan kesemua MOU itu ditandatangani di Vietnam bersama Presiden Nguyen Xuan Phuc, berkata Vietnam mempunyai potensi tenaga solar dan angin yang boleh dimanfaatkan negara serantau dan memainkan peranan penting dalam usaha menubuhkan grid tenaga Asean.



Vietnam telah mengorak langkah ke arah menjana tenaga yang boleh diperbaharui dan merupakan pengeluar tenaga solar kesepuluh terbesar di dunia pada 2021.



Menurut laporan The Economist, bahagian tenaga elektrik berkuasa solar yang dijana Vietnam melonjak "daripada hampir kosong kepada 11 peratus" dalam tempoh empat tahun menjelang 2021.



Selain Vietnam, beberapa negara Asean lain termasuk Thailand dan Laos juga mempunyai potensi tinggi dalam menjana tenaga yang boleh diperbaharui.



MANFAAT BAGI SINGAPURA



Perjanjian perdagangan tenaga seperti yang dibincangkan dengan Vietnam boleh membantu negara kecil seperti Singapura, yang tidak mempunyai keupayaan menjana tenaga yang boleh diperbaharui pada skala yang lebih besar, untuk mencapai matlamat sifar bersih yang ditetapkan menjelang 2050.



Pada masa yang sama, perjanjian seperti itu juga boleh permudah aliran pelaburan kepada negara yang mempunyai sumber untuk melaksanakan projek tenaga yang boleh diperbaharui.



Contohnya, Vietnam mempunyai kawasan pantai yang berukuran lebih 3,000 kilometer dan ini merupakan sumber tenaga solar dan angin yang boleh diamanfaatkan.



Menurut ketua jabatan keselamatan tenaga di Institut Kajian Tenaga di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Philip Andrews-Speed berkata Singapura sedar akan keadaan yang mendesak untuk beralih ke tenaga yang boleh diperbaharui dan ini mendorongnya untuk menyertai perdagangan kuasa rentas sempadan.



Singapura telah mula mengimport tenaga yang boleh diperbaharui dari Laos menerusi Thailand dan Malaysia Jun lalu di bawah Projek Penyepaduan Kuasa Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).



Ini merupakan antara usaha Singapura persiapkan diri untuk menghadapi keperluan tenaga elektrik yang meningkat. Dalam tempoh 10 tahun, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) meramalkan bahawa permintaan sistem elektrik tahunan akan meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5 hingga 3.1 peratus secara kompaun.



Namun, menurut Dr Andrews-Speed, ia mungkin mengambil masa lebih lima hingga 10 tahun sebelum peralihan kepada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui ini boleh memenuhi sebahagian besar keperluan tenaga Singapura.



INFRASTRUKTUR DAN KOMITMEN KUKUH PENTING



Untuk merealisasikan keinginan Singapura untuk mengimport tenaga bersih dari negara jirannya di Asia Tenggara secara lancar juga bergantung kepada keupayaan rantau ini untuk bekerjasama bagi mengatasi sebarang perbezaan pendapat dalam memanfaatkan sumber yang boleh diperbaharui, menurut penasihat Pusat Tenaga dan Sumber Strategik, Dr Victor Nian, menyentuh tentang grid tenaga Asean itu yang bakal menyepadukan sumber tenaga hijau.



Justeru, negara yang terlibat perlu menghuraikan sebarang masalah yang boleh menyebabkan bekalan tenaga berkurangan serta menjejas infrastruktur di Singapura seperti pusat data dan prasarana di Pulau Jurong, katanya.



Tambahnya: "Pertama sekali, siapa yang bakal bertanggungjawab jika bekalan elektrik terputus atau apabila sistem mengalami masalah? Yang kedua, apakah harga tenaga elektrik yang ditetapkan bagi semua sepanjang grid tenaga rentas Asean ini?"



Untuk mewujudkan rangkaian serantau kolektif, semua negara perlu bersedia bekerjasama untuk mengekalkan infrastruktur sepanjang grid kuasa tersebut, kata Dr Nian dalam sesi perbincangan yang diadakan akhbar The Straits Times sebelum ini.



Meskipun perdagangan tenaga yang boleh diperbaharui antara negara kini semakin meningkat momentum, keputusan beberapa negara untuk menghadkan eksport tenaga mereka menimbulkan persoalan sama ada grid kuasa Asean ini boleh diteruskan, terutama sekali dalam persekitaran geopolitik yang tidak menentu.



Mei lalu, Menteri Pelaburan Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia, menekankan bahawa negara itu tidak merancang untuk mengeksport tenaga yang boleh diperbaharui bagi memastikan keperluan domestik ditepati, menurut laporan media Indonesia, Antara News.



Tahun lalu, kementerian tenaga Malaysia turut menghentikan eksport tenaga yang boleh diperbaharui ke Singapura.



Justeru, negara Asean perlu menyelaraskan dasar mereka agar dapat bersatu hati dalam isu berkaitan tenaga yang boleh diperbaharui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >