Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS, MOE tawar permohonan Giro dalam talian

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



DBS mengumumkan semalam bahawa ia telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menawarkan eGiro yang membolehkan ibu bapa dan penjaga memohon Giro dalam talian.



Pada masa ini, ibu bapa dan penjaga kepada pelajar yang didaftar di sekolah MOE boleh memohon Giro melalui perbankan Internet atau borang permohonan dalam talian jika mereka adalah pemegang akaun DBS, POSB atau OCBC.



Pemegang akaun bank lain perlu menghantar borang Giro berasaskan kertas, yang mengambil masa kira-kira dua hingga empat minggu untuk diproses.



Dengan penyelesaian bersepadu yang dihoskan oleh DBS, bilangan bank yang mengambil bahagian untuk menerima eGiro telah dinaikkan kepada lapan, membolehkan lebih ramai ibu bapa dan penjaga memohon Giro dalam talian.



Proses digital akan mengambil masa beberapa minit sahaja.



"DBS berbangga untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam perjalanan pendigitalan mereka dan menyokong sektor awam dalam transformasi digital melalui keupayaan digital inovatif kami dan pengetahuan mendalam tentang ekosistem pembayaran," kata pengurus negara DBS untuk Singapura, Encik Shee Tse Koon.



"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan DBS dalam usaha ini untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga menyediakan Giro untuk pembayaran perbelanjaan sekolah. Ini adalah sebahagian daripada usaha keseluruhan MOE untuk menambah baik perkhidmatan kami melalui pendigitalan," kata pengurus divisyen MOE untuk kewangan dan perolehan, Encik Clarence Tang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >