Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Ubah suai’ rumah sewa ibu tunggal bantu beri keselesaan dan harapan masa depan

Deepavali lebih berseri dengan projek ubah suai rumah di Jalan Kukoh

Nov 09, 2023 | 04:26 PM



Sebuah studio flat sewa di Jalan Kukoh telah menjalani transformasi baru-baru ini dalam sebuah projek yang dikenali sebagai ‘Project Happiness’ anjuran Jamiyah. Projek ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Deepavali penduduk flat tersebut.

Cik Vasuntha Malihai, 52 tahun, merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama ibunya, 86 tahun, anak perempuan, 28 tahun, dan cucu perempuan, 8 tahun. Mereka telah menghuni flat ini selama lebih 10 tahun, menjalani kehidupan sederhana dan mesra.

Cik Vasuntha berkongsi: “Tahun ini, saya melihat keadaan rumah kami semakin buruk, dan saya beringin untuk mengecat semula rumah ini sempena menyambut Deepavali. Namun, kekangan wang tidak membenarkan kami untuk melakukannya.”

Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr. Wan Rizal Wan Zakariah, dijemput pada Khamis, untuk merasmikan rumah ‘baru’ Cik Vasuntha dan sekaligus menyertai sambutan Deepavali di tempat tersebut.

Dr. Wan Rizal berkata semasa lawatannya: “Dalam setiap komuniti, sangat penting untuk kita menjaga satu sama lain. Saya sangat menghargai inisiatif yang dijalankan oleh Jamiyah. Walaupun ini hanya sebuah rumah, projek bermakna ini telah memberi impak positif kepada banyak orang sejak tahun 2019.”

Jumlah kos pembaikan keseluruhan rumah adalah sebanyak S$3,000 dan dibiayai sepenuhnya oleh TKB C-E Contractor Pte Ltd, H & S Services Pte. Ltd, Eng Leng Contractors Pte Ltd, dan One Best Subcontractor Pte Ltd.

Cik Vasuntha menyuarakan rasa gembiranya.

“Saya begitu gembira apabila diberitahu bahawa kami akan menerima bantuan dari Jamiyah dan penaja-penaja yang sangat baik hati. Dalam tempoh kurang dari dua minggu, rumah kami berubah sepenuhnya, dan kami juga diberi perkakas rumah baru, termasuk kipas siling. Dulu kami tidak mempunyai kipas angin seperti itu, dan kini ruang kami menjadi lebih selesa,” kata Cik Vasuntha.

Warna cat baru untuk rumah telah dipilih oleh cucunya, Prithi Dhanika d/o Kanesan, yang berusia 8 tahun, dan dia sangat teruja dengan perubahan tersebut.

Cik Vasuntha berkongsi: “Prithi sangat gembira melihat rumah kami yang baru, dan dia telah berkongsi kegembiraan ini dengan cikgu-cikgunya di sekolah.”

Cik Vasuntha, yang tidak dapat bekerja kerana mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, dan masalah tiroid, kini tinggal bersama anak perempuannya, Cik Shiva Rubini d/o Silvarajo, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium berdekatan tempat mereka tinggal.

‘Project Happiness’ adalah sebuah program komuniti di mana penduduk dan alumni IslahCARE dari rumah peralihan Jamiyah (Darul Islah) turun padang untuk menyemarakkan perayaan dan memberikan sumbangan serta bantuan kepada golongan yang memerlukan. Tahun ini merupakan kitaran keempat bagi program ‘Project Happiness’.

Penglibatan warga rumah peralihan Jamiyah dan alumni mereka dalam ‘Project Happiness’ adalah lebih daripada sekadar kerja sukarela. Ia memberikan mereka peluang unik untuk memberi kembali kepada masyarakat, memperkayakan kehidupan dengan makna, serta memperkukuh semangat solidariti dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >