Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Deepavali teristimewa lepas 'terasing' dari keluarga dek Covid-19

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



SAMBUTAN Deepavali tahun ini memang amat istimewa berbanding tahun-tahun lalu bagi ibu seorang anak dan bekas pesakit Covid-19, Cik Anita Praveen.



Beliau pada pertengahan Oktober lalu dikesan positif Covid-19 hingga terpisah daripada keluarganya walau tinggal sebumbung sepanjang 10 hari, dan baru-baru ini beliau telah bebas daripada pengasingan.



Malah lima hari selepas beliau menamatkan tempoh pengasingannya itu, beliau menyambut kelulusannya meraih ijazah doktor falsafah (PhD).



Hari ini, beliau dapat bersama keluarga untuk menyambut perayaan sinaran cahaya, Deepavali.



Pengkaji pasca-doktoral berusia 33 tahun yang mempunyai anak lelaki berusia setahun itu berkata pengalaman dijangkiti Covid-19 dan dikenakan perintah pengasingan itu adalah "luar biasa".



"Walaupun ini tahun kedua negara kita terus terjejas pandemik Covid-19, ia merupakan sesuatu isu yang amat jauh daripada pandangan saya hingga saya sendiri mengalaminya," kata Cik Anita.



Jelasnya, pada 14 Oktober, beliau mula rasa mabuk dan kemudian demam.



Pada keesokan malam, beliau mengambil ujian Pantas Antigen (ART) kendiri - yang didapati positif - dan kemudian memutuskan pergi ke klinik selepas rasa mabuk.



Sehari kemudian, keputusan ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) yang dijalankan di klinik itu pula dapati positif.



"Perkara yang pertama kami fikirkan ialah anak lelaki kami," kata suami Cik Anita, Encik Praveen Selvam, eksekutif pembangunan perniagaan, 32 tahun.



Selepas isi rumahnya yang lain - termasuk pembantu rumahnya - didapati negatif, Cik Anita dengan segera mengasingkan dirinya daripada keluarganya.



Selepas sehari di bilik tidur tetamu, Cik Anita berpindah ke bilik tidur utama kerana ia lengkap dengan tandas.



Biarpun begitu, Cik Anita berkata beliau khuatir terhadap anaknya, Vikram, kerana keputusan negatif tidak bermakna isi rumahnya yang lain tidak dijangkiti virus itu.



Pasangan itu juga khuatir, sekiranya Vikram tidak dapat menyesuaikan diri tanpa ibunya sepanjang tempoh pengasingan itu.



Justeru, semua interaksi bersama ibunya, perlu dilakukan menerusi kaedah Zoom, kata Cik Anita.



"Untuk menyibukkan jadualnya, Vikram diberi banyak kegiatan semasa di tajaka, dan pembantu rumah kami juga memberi layanan kepadanya.



"Jadi, perpisahan sementara kami itu tidak begitu menjejasnya sebanyak apa yang kami jangkakan sebelum ini," kata Cik Anita.



Namun, menurutnya, meskipun proses pemulihan di rumah mungkin tidak selengkap di hospital, beliau merasakan langkah itu memang selesa buatnya.



Kemudahan perubatan secara dalam talian serta adanya kemudahan hiburan digital seperti Netflix membuat pemulihan di rumah lebih selesa dan seolah tempoh berehat daripada kerja dan tanggungjawab keluarga, katanya.



"Tiba-tiba, satu penyakit yang terkenal dan telah menjejas berjuta-juta orang lain mendekati rumah kami serta orang tersayang kami," kata Cik Anita lagi sambil menambah beliau amat bertuah dapat melalui penyakit itu tanpa banyak hambatan.



Justeru, apabila tempoh pengasingan Cik Anita berakhir pada 25 Oktober, beliau kemudian menghadiri majlis kelulusan kursus PhD-nya dalam bidang kejuruteraan perubatan bio pada 30 Oktober.



Bahkan, persiapan bagi sambutan Deepavali buat keluarganya itu juga sudah selesai dengan baju baru semuanya ditempah melalui dalam talian.



"Meskipun mencabar, tiada masa yang paling tepat untuk saya dijangkiti Covid-19 kan?" katanya kepada Berita Harian (BH) dengan berseloroh.



Walaupun perayaan itu perlu disambut dengan lebih 'senyap,' buat kali kedua ekoran pandemik ini, Cik Anita berkata beliau akan menyambut Deepavali dengan bersungguh-sungguh dengan berhubung bersama keluarga dan teman-teman menerusi teknologi.



"Covid-19 mungkin telah menghalang kami daripada berhimpun tetapi ia tidak dapat menghentikan kami daripada menempah makanan kegemaran kami dan menjamu selera bersama," sambung Encik Praveen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >