Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Delegasi Perak lawat Hab Islam pelajari tentang fatwa, ARS

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) mengalu-alukan satu delegasi yang diketuai Mufti Perak, Dato' Wan Zahidi Wan Teh, yang mengadakan lawatan sambil belajar rasmi ke Hab Islam Singapura pada Isnin lalu.



Menurut satu kenyataan Muis semalam, lawatan itu adalah satu inisiatif pihak berkuasa agama Islam Perak untuk mempelajari dan menerima pakai amalan terbaik berhubung penggubalan fatwa Singapura dan pentadbiran Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Semasa lawatan itu, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan pegawai kanan Pejabat Mufti berkongsi bagaimana Jawatankuasa Fatwa Singapura mengkaji isu sosio agama kontemporari untuk mendapatkan penyelesaian yang boleh dilaksana.



Ini bagi memudahkan masyarakat mengamalkan kehidupan beragama dengan berkesan dalam masyarakat berbilang agama Singapura sambil terus berpegang teguh pada tradisi keagamaan.



Delegasi itu diberi taklimat oleh pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Pasuni Maulan, tentang cara ARS meningkatkan keupayaan pengajaran asatizah dan Kod Etika ARS membantu memastikan masyarakat Islam dibekal arahan agama sesuai dan ikut konteks.



Lawatan rakan serantau adalah pengiktirafan terhadap pemikiran kepimpinan agama Singapura yang boleh dipercayai bagi membimbing masyarakat Islam moden dan sekular, ujar kenyataan Muis itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >