Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda $2,000 akibat terbang dron berdekatan Pangkalan Udara Paya Lebar

Nov 04, 2019 | 11:51 AM



SEORANG lelaki berusia 37 tahun didenda $2,000 hari ini (4 November) kerana mengendali dron secara haram berdekatan Pangkalan Udara Paya Lebar tanpa permit yang sah.



Ed Chen Junyuan, seorang warga Singapura, mengaku bersalah bulan lalu, merupakan orang yang pertama yang didapati bersalah atas kesalahan tersebut.



Beliau menerbangkan dron itu dalam lingkungan 5 kilometer daripada pangkalan udara itu. Dron itu dilihat sekitar Punggol Field Walk pada 9.30 malam, 26 Jun tahun ini.



Hakim Daerah Ng Cheng Thiam berkata pencegahan umum diperlukan kerana dengan kenaikan jumlah kes sedemikian, denda seberat ini akan menghalang orang lain daripada melakukan kesalahan serupa.



Timbalan Pendakwa Raya Dwayne Lum sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Chen tidak boleh dilepaskan dengan hukuman ringan kerana dia mengendalikan dron itu tanpa permit yang diperlukan dan dengan pengetahuan terdahulu bahawa sebuah pangkalan udara terletak berdekatan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >