Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda boleh akibatkan AP hilang jawatan dinaikkan dari $2,000 ke $10,000 ambil kira faktor inflasi

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH denda minimum yang boleh menyebabkan seorang Anggota Parlimen (AP) hilang jawatannya akan dinaikkan daripada $2,000 kepada $10,000.



Ini adalah antara pindaan yang diusulkan kepada Perlembagaan Republik Singapura, yang dibentangkan di Parlimen, semalam.



Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam kenyataannya semalam berkata semakan terhadap jumlah denda itu bertujuan mengambil kira inflasi sejak bertahun-tahun lalu dan menjadikan jumlah yang disemak itu sepadan dengan hukuman yang dijatuhi oleh mahkamah di Singapura hari ini bagi kesalahan berkaitan.



Pindaan yang diusulkan kepada Perlembagaan Republik Singapura itu akan dikenakan bagi sabitan oleh mahkamah undang-undang di sini atau di tempat lain sebelum, pada, atau selepas tarikh pindaan dimulakan.



"Bagi individu yang didenda sekurang-kurangnya $2,000 tetapi kurang daripada $10,000 dan pada masa ini hilang kelayakan, mereka tidak lagi akan hilang kelayakan sebaik sahaja pindaan mula berkuatkuasa," kata ELD.



Rang Undang-Undang Perlembagaan Republik Singapura (Pindaan) itu antara lain juga mengusulkan untuk memperluas kriteria hilangan kelayakan akibat sabitan oleh mahkamah undang-undang di Singapura atau Malaysia untuk merangkumkan sabitan oleh mahkamah di mana-mana negara asing.



"Dengan lebih ramai rakyat Singapura hidup, melancong dan menjalankan perniagaan di negara lain selain Malaysia, sabitan di negara lain harus dimasukkan dalam kriteria hilang kelayakan," kata ELD.



Perubahan serupa turut diusulkan bagi kriteria hilang kelayakan bagi anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA) dan Majlis Presiden bagi Hak-Hak Kaum Minoriti (PCMR) berhubung jumlah denda dan sabitan oleh mahkamah undang-undang asing.



Pindaan lain termasuk untuk menghapuskan (remove) pengecualian bagi seorang AP itu hilang jawatannya jika beliau secara sukarela memperoleh kewarganegaraan negara Komanwel atau Ireland.



Buat masa ini, seorang rakyat Singapura yang secara sukarela memperoleh kewarganegaraan asing akan hilang kelayakan sebagai AP.



"Pindaan yang diusulkan itu menghapuskan klausa sudah lapuk yang memberikan pengecualian jika seorang rakyat Singapura secara sukarela memperoleh kewarganegaraan di sebuah negara Komanwel atau Republik Ireland," kata ELD.



ELD berkata rang undang-undang itu adalah sebahagian daripada semakan mereka ke atas proses dan perundangan pilihan raya Singapura.



"Pindaan ini memastikan kriteria hilang kelayakan untuk keanggotaan Parlimen dan keanggotaan CPA dan PCMR dikemaskini dan kekal relevan dalam memastikan anggota adalah individu yang berwibawa dan mematuhi standard kelakuan yang tinggi," kata mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >