Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda lebih berat bagi penunggang basikal yang tidak patuh peraturan

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



BERMULA 1 Januari tahun depan, penunggang basikal yang tidak mematuhi peraturan dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya akan didenda $150, dua kali ganda berbanding $75 sekarang ini.



Untuk kes yang lebih serius, penunggang basikal boleh didakwa di mahkamah dan didenda hingga $1,000 atau dipenjara hingga tiga bulan atau kededuanya bagi kesalahan pertama.



Ini diumumkan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu sidang akhbar maya semalam.



Encik Chee berkata pemerintah akan meningkatkan usaha pendidikan dan jangkauan dalam memupuk kesedaran mengenai peraturan dan garis panduan baru sebelum penguatkuasaan tahun depan.



Mengulas lanjut, beliau berkata sejak awal tahun ini, kerjasama bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah membawa kepada tindakan penguatkuasaan terhadap lebih 500 pesalah penungggang basikal.



"Untuk terus mencegah kesalahan di jalan raya, pemerintah akan menaikkan denda bermula 1 Januari 2022 dari $75 ke $150," kata Encik Chee.



Menurut Dr Faishal, dengan bilangan pengguna basikal yang semakin meningkat, terdapat keprihatinan bagaimana pemerintah dapat meningkatkan tahap keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya.



"Pendekatan kami selama enam bulan dalam melakar peraturan dan garis panduan adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.



"Ramai yang tampil untuk membantu termasuk penunggang basikal yang juga pemandu untuk memberi perspektif mereka," ujar Dr Faishal, yang juga pengerusi Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap).



Tambahnya, walaupun terdapat penguatkuasaan, beliau ingin melihat semua lapisan masyarakat memainkan peranan mereka.



"Saranan-saranan yang diberikan bermanfaat dan seimbang dan memberikan aspek berguna demi meningkatkan keselamatan. Tanggungjawab di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama dan peranan yang harus dimainkan semua," kata Dr Faishal.



Pemerintah juga menerima saranan Amap untuk terus membenarkan penunggang basikal menunggang dalam satu barisan hingga lima penunggang di jalan raya dan di laluan bas pada waktu operasi.



Penunggang basikal juga boleh berbasikal dalam kumpulan hingga 10 penunggang dalam dua barisan, dengan lima penunggang dalam satu barisan di jalan raya. Peraturan ini berkuatkuasa 1 Januari 2022.



Amap juga menyarankan agar kumpulan penunggang basikal menjaga jarak selamat 30 meter atau sekitar dua tiang lampu dengan kumpulan lain, dan pemandu kereta harus memastikan sekurang-kurangnya 1.5 meter apabila memandu lalu penunggang basikal.



Pemerintah juga menerima saranan Amap bahawa pendaftaran lesen basikal tidak perlu dilaksanakan atas kurang bukti dari kajian luar negara bahawa ia berkesan.



Selain itu, pemerintah turut akur dengan saranan Amap agar penunggang basikal membeli insurans untuk melindungi diri mereka.




"Untuk terus mencegah kesalahan di jalan raya, pemerintah akan menaikkan denda bermula 1 Januari 2022 dari $75 ke $150."
- Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat.



"Saranan-saranan yang diberikan bermanfaat dan seimbang dan memberikan aspek berguna demi meningkatkan keselamatan. Tanggungjawab di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama dan peranan yang harus dimainkan semua."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




PERATURAN DAN GARIS PANDU MULAI 1 JANUARI 2022



  • Penunggang basikal yang didapati tidak mengikut peraturan akan didenda $150

  • Penunggang basikal boleh menunggang dalam satu barisan hingga lima penunggang di jalan raya di laluan bas pada jam ia beroperasi.

  • Penunggang basikal boleh berbasikal dalam kumpulan hingga 10 penunggang dalam dua barisan, lima penunggang dalam satu barisan

  • Kumpulan berbasikal perlu jaga jarak selamat 30 meter atau sekitar dua tiang lampu antara kumpulan lain

  • Pemandu kereta lain perlu pastikan sekurang-kurangnya 1.5 meter apabila memandu lalu penunggang basikal

  • Pengguna basikal digalak beli insurans sebagai perlindungan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >