Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda lebih tinggi jika pandu laju di zon sekolah, warga emas

Jun 03, 2021 | 05:30 AM



PEMANDU yang melanggar peraturan lalu lintas di zon sekolah dan Zon Perak - bagi warga emas - akan dikenakan denda yang lebih tinggi serta tambahan mata demerit mulai 1 Julai.



Denda bagi kesalahan lalu lintas di kawasan berkenaan, yang menyaksikan lebih ramai murid sekolah dan warga emas akan dinaikkan sebanyak $100 dan pemandu juga akan dikenakan tambahan lagi dua mata demerit bagi setiap kesalahan itu, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan kelmarin.



Mereka yang melebihi had kelajuan 40 kilometer sejam (km/j) di Zon Perak atau di zon sekolah apabila tanda "40kmh When Lights Flash" dinyalakan juga bakal dikenakan penalti yang lebih tinggi.



MHA berkata langkah ini diperkenalkan sedang jumlah kemalangan lalu lintas yang mengorbankan pejalan kaki warga emas meningkat daripada 223 kes pada 2015 kepada 317 kes pada 2019. Tahun lalu, lebih 80 peratus pejalan kaki yang maut dalam nahas jalan raya adalah warga emas.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, menyifatkan bilangan kemalangan itu sebagai jumlah yang tidak seimbang.



"Walaupun perbuatan warga emas yang menyeberang jalan raya dengan sewenang-wenangnya sebahagian punca kemalangan ini, banyak daripadanya juga berlaku kerana perbuatan pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan secara kurang bertanggungjawab," kata beliau.



"Keadaan ini boleh diperbaiki jika pemandu lebih berwaspada," kata beliau di Facebook.



Misalnya, sekiranya seorang pemandu gagal memperlahankan kenderaan atau gagal memberi laluan apabila mendekati kawasan menyeberang jalan dalam zon sekolah atau di Zon Perak, pemandu yang didapati bersalah akan dikenakan lapan mata demerit, tambahan dua mata demerit berbanding di kawasan lain. Kesalahan memandu kenderaan bertentangan arus trafik di dua zon itu kini diiringi denda lapan mata demerit berbanding enam sebelumnya. Denda kompaun bagi kenderaan kecil pula akan dinaikkan kepada $300 berbanding $200 pada masa ini. Bagi kenderaan besar, denda ini dinaikkan kepada $350 berbanding $250 kini. Pemandu yang tidak mematuhi lampu merah iaitu satu kesalahan 12 mata demerit di luar kawasan Zon Perak dan zon sekolah akan dikenakan 14 mata di kededua kawasan tersebut. Pemandu tersebut juga boleh didenda $500 berbanding $400 kini. Ini denda kompaun paling tinggi bagi kesemua kesalahan yang melibatkan 12 mata demerit yang dihadkan pada jumlah separuh denda mahkamah iaitu $1,000



Denda adalah sama bagi semua jenis kenderaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >