Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dera amah hingga maut: Polis akan kenakan tindakan disiplin terhadap pegawai terlibat

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



PEGAWAI polis terlibat dalam satu kes penderaan yang membawa maut ke atas seorang pembantu rumah dari Myanmar akan dikenakan tindakan disiplin oleh polis, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Kevin Chelvam, 41 tahun, digantung daripada khidmatnya pada 8 Ogos 2016 dan sedang menghadapi pelbagai tuduhan berhubung kes penderaan pembantu rumah itu, Cik Piang Ngaih Don.



Selasa lalu, isterinya, Gaiyathiri Murugayan, seorang warga Singapura berusia 40 tahun, mengaku bersalah terhadap 28 tuduhan, termasuk homisid salah, atau menyebabkan kematian dengan perbuatannya.



Ibu Gaiyathiri, yang tinggal bersama pasangan itu, juga didakwa pada 2016.



Kesnya belum selesai.



Bercakap kepada media secara maya semalam, Encik Shanmugam menyifatkan penderaan pembantu rumah itu sebagai "zalim", dan menekankan bahawa undang-undang harus dilaksanakan dengan sepenuh kuasanya.



"Perkara yang saya ingin katakan ialah orang yang kelihatan biasa berupaya melakukan kejahatan luar biasa, dan terdapat dua tunggak dalam mana-mana masyarakat untuk mengawal dan mengelakkan kejahatan seperti ini daripada berlaku.



"Satu ialah pendidikan. Kedua, kita perlukan peraturan dan undang-undang. Undang-undang harus dilaksana dengan kuasa sepenuhnya apabila peraturan dilanggar.



"... Kita mempunyai sistem di mana tidak kira siapa anda, baik anda pegawai polis, pegawai perkhidmatan awam, mahupun orang biasa, jika siasatan menunjukkan anda harus didakwa, anda akan didakwa, dan anda akan menghadapi kuasa penuh undang-undang," kata beliau.



Encik Shanmugam menambah bahawa tidak kira apakah keputusan prosiding jenayah yang dihadapi Chelvam, dia akan menghadapi prosiding disiplin polis apabila prosiding jenayah terhadapnya selesai.



"Pegawai polis atau bukan, undang-undang akan dikenakan. Selepas prosiding jenayah di mahkamah berakhir, dia akan menghadapi prosiding disiplin, tidak kira keputusan perbicaraannya," kata beliau.



Cik Piang, 24 tahun, didera hampir setahun hingga beliau kehilangan 38 peratus berat badannya.



Selain dibiarkan kebuluran, beliau diikat ke kekisi tingkap dan dipaksa tidur di lantai pada 12 hari terakhir hayatnya.



Berat badan Cik Piang hanya 24 kilogram apabila beliau meninggal dunia pada 26 Julai 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >