Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dera dua pembantu rumah: Wanita dipenjara

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang mendera dua pembantu rumahnya di Paradise Island di Sentosa Cove telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan semalam.



Tan Lee Hoon, 58 tahun, menendang seorang pembantu rumahnya yang sedang memakaikannya stokin.



Mangsa berkata, beliau ditendang kerana Tan marah apabila stokinnya itu dipasang dengan salah.



Tan juga telah mencubit seorang lagi pembantu rumah.



Tertuduh, yang merupakan bekas pengarah dan setiausaha di Pusat Perubatan Novena, telah menuntut perbicaraan atas lapan tuduhan serangan melibatkan Cik Joan Lozares Lizardo dan Cik Jenefer Vegafria Arangote, kedua-duanya warga Filipina.



Hakim Daerah Salina Ishak semalam juga memerintahkan Tan untuk memberikan $2,500 kepada Cik Lizardo dan $5,100 kepada Cik Arangote sebagai pampasan.



Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim, yang mensabitkan Tan atas tujuh tuduhan serangan pada Disember 2022, berkata:



"Semua pembantu rumah harus dilayan dengan bermaruah dan rasa hormat... Mangsa sepatutnya diberi pampasan yang setimpal atas kesakitan dan penderitaan mereka."



Timbalan Pendakwa Raya Kumaresan Gohulabalan dan Ng Jun Chong menyatakan dalam hujah mereka bahawa suami Tan, Encik Sim Guan Huat, telah menggajikan kedua-dua pembantu rumah terlibat.



Tan menyerang Cik Arangote sebanyak lima kali pada September 2018 dengan mencubit perut, dada dan anggota badan wanita itu.



Semasa perbicaraan, Cik Lizardo memberi keterangan bahawa Tan telah memukulnya berkali-kali antara Oktober 2015 dan Oktober 2018.



Laporan penderaan Cik Lizardo disokong oleh dua pembantu rumah lain - Cik Gaborne Clayrimae Balasa dan Cik Zin Mar Phyo - yang juga pernah bekerja dengan Tan.



Tan menafikan semua pertuduhan dan rasa terkejut apabila dia didakwa atas kesalahan itu.



Dia juga mendakwa bahawa dia tidak pernah menyakiti mana-mana pembantu rumahnya dan tidak mendera mereka.



Semalam, peguam bela Derek Kang memberitahu mahkamah bahawa Tan bercadang untuk merayu terhadap sabitan dan hukumannya.



Ikat jaminnya telah ditetapkan pada $15,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >