Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond Tan dilantik sebagai timbalan setiausaha agung NTUC

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara di Pejabat Perdana Menteri, Encik Desmond Tan, telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) kelmarin.



Beliau menggantikan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan), Encik Chee Hong Tat, yang telah kembali ke perkhidmatan pemerintah sepenuh masa.



Pelantikan Encik Tan dibuat oleh jawatankuasa pusatnya. Beliau dipinjamkan ke NTUC oleh pemerintah pada 13 Jun lalu sebagai sebahagian rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Dengan pelantikan itu, beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran).



NTUC berkata Encik Tan dilantik sebagai pengarah Kumpulan Latihan dan Transformasi NTUC dan ditugaskan menjaga Pejabat Transformasi dan ekosistem Latihan dan Penempatan NTUC.



Ekosistem itu terdiri daripada Divisyen Latihan dan Transformasi Industri, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja, NTUC LearningHub dan Institut Kepimpinan Buruh Ong Teng Cheong.



NTUC menambah bahawa Kesatuan Sekerja Perusahaan dan Perkhidmatan Singapura turut melantik Encik Tan sebagai penasihatnya mulai 28 Jun dan sebagai setiausaha eksekutifnya mulai 6 Julai.



Encik Tan juga adalah penasihat Kesatuan Sekerja Rantaian Bekalan sejak 5 Februari 2021.



Encik Tan berkata: "Saya berterima kasih di atas sokongan daripada Jawatankuasa Pusat NTUC serta rakan-rakan dalam gerakan buruh ini.



"Saya menanti masa bertemu dan belajar daripada pemimpin kesatuan dan mengenali lebih tentang keprihatinan dan aspirasi pekerja.



"Saya benar-benar berbesar hati dan akan usahakan yang terbaik sedang kita memperjuangkan pendapatan, kebajikan dan prospek kerja lebih baik bagi semua pekerja kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >