SETIAP kali Cik Nur Diyana Azman bingung membuat keputusan mengenai bidang pengajian yang ingin diikutinya di politeknik, beliau teringat neneknya yang menghidap penyakit jangkitan paru-paru.
Ini membuat keinginannya mengikuti kursus Diploma Pengajian Pengurusan Gerontologi yang meliputi aspek sosial, psikologi dan biologi penuaan semakin menebal.